Hari ni 1hb. Februari 2017 genaplah usia Dinaz setahun. Dulu
dinamakan CIBOT tapi takde maklumbalas dan tak serasi dengannya. Mungkin ia tak
suka dengan nama Cibot ni dan terpaksa tukar namanya ke Dinaz selepas mendengar
sebutan DINAZ melalui sebuah iklan produk Dinas di tv. Ia suka mendengar nama
Dinaz dan terus menyahut serta-merta bila dipanggil Dinaz. Sejak itu kami
memanggilnya Dinaz kerana nama ni serasi dengannya.
(gambar Dinaz dan adik-beradiknya selepas beberapa hari dilahirkan)
Dinaz merupakan seekor kucing yang kurang upaya dari segi
penglihatannya sejak kecil lagi. Kedua-dua matanya rosak disebabkan tahi mata
yang sentiasa keluar dari matanya dan jadi melekat seperti gam yang kuat.
Walaupun kami sentiasa membersihkan matanya tapi tak juga berhasil. Pernah juga
saya membawanya ke klinik haiwan milik kerajaan namun masih juga tak memberikan
hasil yang baik. Selepas itu kami membuat keputusan untuk memeliharanya
walaupun pada mulanya ada insan yang ingin mengambilnya. Ini kerana kami bimbang
akan keadaannya dengan keluarga baru nanti. Bekerja dari rumah memberikan
kesempatan yang baik untuk saya mengawasinya 24 jam sehari dalam rumah. Kini
Dinaz semakin membesar dan serasi tinggal bersama kami.
Kelebihan Dinaz, ia suka pada buah betik dan pisang. Kuih
atau makanan berasakan pisang pun dia suka seperti lepat pisang dan kerepek
pisang. Selain itu Dinaz suka makan minyak kelapa dara. Bila dengar saja “tik”
saya buka penutup botol minyak kelapa dara pasti ia meluru serta mengiau-giau
meminta dan biasanya saya akan letakkan
minyak ni di sudu bagi mudahkannya menikmati minyak kelapa dara.
Ibu Dinaz ni merupakan kucing gelandangan yang dibuang oleh
seseorang di kawasan kediaman pangsapuri tempat saya menginap. Ibunya diberikan
nama CHIBI, sempat saya peliharanya dalam kawasan rumah selama 1 tahun 8 bulan sebelum
ia meninggalkan kami buat selama-lamanya. Chibi selamat melahirkan anaknya
sebanyak 2 kali dalam rumah saya dan Dinaz adalah generasi kedua yang selamat
dilahirkan dan membesar.
Kali pertama Chibi selamat melahirkan 3 ekor anaknya yang
comel, namun semuanya terpaksa diserahkan kepada insan berhati mulia yang sudi
membela ketiga-tiga anaknya itu selepas mengiklankannya di sebuah laman web
iaitu mudah.my. Sebenarnya memang berat hati untuk menyerahkan anak-anak Chibi
tu pada keluarga barunya, tapi apakan daya atas sebab-sebab tertentu saya tak
berupaya menjaganya pada waktu itu.
Comments