PETANG 14 FEBRUARI 2017, TERNAMPAK SI IBU KUCING GELANDANGAN DENGAN ANAKNYA YANG MASIH BAYI. SEBAB ITULAH JAKIM MENGELUARKAN FATWA – HUKUMNYA ADALAH HARUS MEMANDULKAN KUCING AGAR KEBAJIKAN KUCING TAK DIABAIKAN
Hari ini 14 Februari 2017 – Selasa. Sewaktu saya meletakkan
motorsikal di belakang deretan lot kedai bersebelahan Plaza GM Chow Kit, Kuala
Lumpur, saya ternampak seekor ibu kucing dengan 3 ekor anaknya yang masih bayi.
Saya anggarkan anaknya baru beberapa hari yang lalu.
Saya sempat meletakkan makanan untuk ibu kucing berkenaan,
tapi ia tak nak makan mungkin sebab takut saya mengambil anaknya. Kasihan
melihat ibu kucing dengan anaknya yang masih kecil itu tapi saya tak dapat membawanya
pulang ke Rawang, Selangor kerana menaiki motorsikal dan tambahan pula tak
membawa sangkar. Hanya mampu berdoa agar si ibu kucing itu akan selamat hidup
disitu dan akan ada insan yang sudi mengambilnya nanti.
Jika ada sesiapa yang sudi nak memelihara ibu kucing ini dan
anaknya itu, saya boleh usahakan untuk mengambilnya di lokasi yang saya jumpa
petang tadi. Anda boleh hubungi saya melalui email : rezekikucing@gmail.com dan sertakan
sekali no telefon anda.
Sebagai
ulangkaji topik KEBANYAKAN
KUCING YANG KENA BUANG ADALAH KUCING BETINA? yang ditulis pada 11 Februari
2017 :
Menurut fatwa yang dikeluarkan pihak Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) pada tahun 2002 berkaitan pemandulan dan pengembirian kucing
dan anjing, hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu demi menjaga
kemaslahatan ummah seperti faktor kesihatan dan menjaga kebajikan haiwan
tersebut dan masyarakat.
Berdasarkan hujah anggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi,
Al-Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin yang bermaksud: “Adapun mengkasi haiwan,
hukumnya adalah harus jika ada maslahat bagaimanapun, mestilah menggunakan
proses-proses yang dapat mengelakkan daripada menyakiti haiwan tersebut.” (Liqa
al-Bab al-Maftuh 15/37)
Beliau juga menyentuh tentang pengkasian kucing yang
bermaksud: “Jika kucing itu banyak dan menyusahkan manakala proses mengkasi
tidak memudaratkan, ia tidak mengapa kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih
baik daripada membunuh haiwan itu selepas ia diciptakan oleh Allah, adapun jika
jumlah kucing itu tidak banyak dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan
ia berkembang adalah lebih baik.” (Fatwa Islamiyah 4/448).
Comments