Nak pelihara kucing pun perlu ada persediaan? Perlu juga ada
persediaan sebab perkara-perkara penting berikut perlu diambilkira :
1. Penempatan kucing. Adakah bela dalam rumah saja atau beri
juga kebebasan bermain serta melepak di luar rumah, atau bela di luar rumah saja
dan tak benarkan kucing masuk dalam rumah.
2. Tandas kucing. Perlu menyediakan bekas dan pasir,
membersihkan najis dalam bekas, menukar pasir dan perbelanjaan bagi membeli
pasir kucing. Ini amat penting sekali diambilkira bagi mereka yang memelihara
kucing hanya dalam kawasan rumah (tak lepaskan kucing keluar rumah) dan mereka
yang tinggal di rumah berbilang tingkat (pangsapuri, apartment dan kondominium).
3. Makanan. Perlu tahu makanan yang sesuai untuk kucing yang
hendak dipelihara seperti jenis baka kucing dan umur.
4. Perbelanjaan untuk membeli makanan kucing, perbelanjaan
bagi merawat kucing sekiranya sakit dan juga memandulkan kucing.
5. Pembiakan kucing. Sanggupkah memelihara anak-anak kucing
yang dilahirkan oleh kucing betina yang dipelihara?
6. Penjagaan kesihatan kucing. Terdapat jenis kucing seperti
parsi yang perlu dimandikan dan diberikan suntikan vaksin bagi mengelakkan
serangan kutu dan kuman.
7. Penerimaan ahli keluarga. Adakah dikalangan ahli keluarga yang
tak suka kucing?
8. Penerimaan jiran tetangga. Ada jiran tetangga yang boleh menerima
dan mungkin tak boleh menerima kehadiran kucing dalam kawasan persekitaran
kejiranan. Terdapat juga undang-undang disesetengah kawasan rumah berbilang
tingkat yang tak benarkan pemilik kucing membiarkan kucing-kucing mereka berkeliaran
di luar rumah.
Namun halangan dan masalah tertentu jika ada, sebenarnya bukanlah
dianggap suatu masalah buat peminat kucing yang bersungguh-sungguh ingin
memelihara kucing. Ini kerana sudah pasti ada jalan penyelesaian terhadap
cabaran yang mungkin dihadapi. Biasanya, mereka yang sayangkan kucing adalah
seorang yang pengasih serta penyabar, sudah tentu boleh sabar dalam menghadapi
dugaan dalam memelihara kucing.
Kepada yang
ingin membela kucing, beberapa tip diberikan sebagai persediaan sebelum
menjadikannya sebagai haiwan peliharaan (Sumber perkongsian
dipetik dari akhbar Kosmo 6 Jun 2015) :
1) Pastikan ahli
keluarga memainkan peranan :
Setiap ahli keluarga perlu diberi peranan untuk menjaga
kucing tersebut terutama dalam hal berkaitan kebajikan seperti memberi makan
dan pembersihan agar ia dapat membesar dengan sihat. Anak-anak harus dididik
untuk membantu menjaga haiwan itu bersama-sama.
2) Rancang perbelanjaan
:
Anda harus membuat perancangan lebih awal mengenai bajet yang
perlu diperuntukkan untuk penjagaan kucing termasuk kos rawatan, membeli
makanan dan membayar penginapan kucing ketika anda bekerja di luar kawasan.
Bagi membuat perancangan kewangan, anda boleh mendapatkan nasihat daripada
doktor haiwan bagi mengetahui jumlah sebenar kos membela haiwan tersebut.
3) Gaya hidup dan
persekitaran :
Pastikan tempat tinggal anda sesuai untuk membela kucing
seperti ruang dalam rumah yang luas bagi membolehkan haiwan itu bermain.
Sekiranya anda menyewa rumah, anda perlu mendapat kebenaran terlebih dulu
daripada pemilik dan penghuni yang lain supaya tidak menimbulkan sebarang
masalah. Jika tidak mendapat kebenaran, anda perlulah memilih waktu yang lain
untuk membelanya dan jangan risau, anda pasti dapat memeliharanya suatu hari
nanti.
4) Pilihan kucing yang
sesuai :
Ramai orang menginginkan jenis kucing yang sama ketika mereka
masih kanak-kanak tanpa menyedari personaliti haiwan itu lebih penting daripada
baka dan warna.
Sesetengah kucing memerlukan perhatian dan masa sosial yang
lebih. Malah, ada juga kucing sesuai untuk gaya hidup anda yang sibuk.
5) Di mana tempat untuk
mendapatkan kucing? :
Terdapat beberapa sumber untuk anda mendapatkan kucing
peliharaan seperti daripada orang yang membiak kucing dan tempat perlindungan
haiwan tersebut. Di tempat tersebut, terdapat pelbagai jenis kucing yang
diselamatkan daripada hidup melarat di tepi-tepi jalan tanpa mendapatkan
perhatian yang khusus.
6) Mencari baka :
Jika anda sedang mencari baka kucing yang khusus, gunakan
alat pemilih baka yang dikenali sebagai Purina. Anda boleh mencari kucing
dengan melayari laman web Petfinder atau mengambil kucing daripada pemilik yang
mahu mencari tuan baharu kepada kucing mereka.
Comments