Sewaktu saya sedang memberi 2 ekor
kucing terbiar makan di hadapan sebuah kedai Seven Eleven di Rawang, Selangor,
saya ternampak deretan sangkar diletakkan di kawasan kaki lima bersebelahan
kedai Seven Eleven berkenaan yang didalamnya terdapat beberapa ekor kucing.
Kemudian keluar seorang gadis dalam lingkungan usia 20an yang juga pekerja
kedai Seven Eleven berkenaan. Dia terus membelai kucing yang saya beri makan
tadi. Lalu saya bertanya, kucing-kucing dalam sangkar tu siapa punya? Dia
menjawab, dia punya dan semua kucing berkenaan adalah kucing terbiar yang kena
buang di kawasan sini. Dia kutip dan masukkan dalam sangkar untuk keselamatan
kucing-kucing berkenaan. Ada juga kucing yang berkeliaran dan tak dikurung ke
dalam sangkar kerana dah tak muat. Dia berasa kasihan melihat kucing-kucing
terbiar berkenaan sebab itulah dia sanggup jaga ke semua kucing-kucing terbiar
yang kebanyakannya dibuang di restoran mamak berhampiran kedai Seven Eleven
berkenaan. Katanya, ada kucing yang sakit dan ada yang baru mati tapi belum
sempat ditanam sebab dia sedang bekerja.
Saya sempat juga bertanya kepadanya,
tak nak bagi ke kucing-kucing ni pada sesiapa yang minat nak bela kucing?
Bolehlah saya tolong iklankan nanti. Jawabnya, dia tak nak bagi pada sesiapa
dan sanggup menjaga kesemuanya. Alhamdulillah, mulia sungguh hatimu dik. Sanggup
menjaga ke semua kucing-kucing terbiar itu. Pada saya ini bukan mudah
sebenarnya. Selain perlu memperuntukkan masa dan tenaga, faktor perbelanjaan
untuk memberi kucing-kucing terbiar itu makan juga merupakan perkara penting
yang perlu diambilkira. Saya berharap semoga Allah swt memudahkan segala urusan
gadis berkenaan dalam memberi perlindungan buat semua kucing terbiar itu. Atas
sebab-sebab tertentu, saya tak dapat menyiarkan gambar gadis berkenaan dan
memberitahu lokasi sebenar kedai Seven
Eleven yang saya maksudkan kerana khuatir
ada pihak ambil kesempatan pergi buang kucing di sana nanti.
Comments