Sabtu 4hb Februari 2017 diberikan rezeki bertemu dengan 3
ekor kucing gelandangan.
Seekor dijumpai pada sebelah pagi selepas selesai urusan
kerja di Dewan MPS Batu 16 Rawang, Selangor. Singgah ke sebuah kedai
bersebelahan Restoran Ali Food Corner, The Reef (berhampiran Tesco Rawang)
untuk membeli barang. Dari dalam kedai saya ternampak seekor kucing sedang
memerhati seolah ingin meminta makanan. Selepas membeli barang dan keluar dari
kedai berkenaan, kucing itu menyapa dan ia kelihatan lapar. Kemudian saya bergegas
hantar barang yang dibeli ke kereta dan membeli seketul ayam goreng di sebuah
restoran berhampiran. Kebetulan saya lihat seorang perempuan cina iaitu tokei
kedai tempat saya beli barang tadi baru saja selesai memberi kucing itu makan
makanan kucing dalam tin. Saya sempat juga berbual dengan tokei kedai tu, dia
kata setiap hari dia pun ada memberi kucing tu makan sebab kesian.
Alhamdulillah rupanya ada juga insan yang sudi memberi kucing gelandangan ni
makan.
Pada sebelah malamnya pula, selepas membeli barang di pasar
mini berhampiran kediaman, saya terserempak dengan 2 ekor kucing gelandangan.
Seekor berwarna putih tapi comot dan seekor lagi hitam. Kedua-duanya menyapa seperti meminta makanan dari saya serta orang
lain yang lalu di kaki 5 kedai. Kemudian saya bergegas ke sebuah restoran yang
berhampiran membeli 2 ketul ayam goreng untuk diberikan pada kedua-duanya. Yang
hitam masih muda (gambar tak dapat diambil sebab gelap keadaan gelap) dan yang
putih pula sudah tua. Semoga hari esok dan yang mendatang aka nada insan yang
sudi berkongsi rezeki dengan kucing-kucing gelandangan ini.
Comments