Siapakah Siti Khatijah
Albar? Beliau adalah seorang insan mulia yang sanggup berkorban wang, masa
dan tenaganya untuk berbakti menyelamatkan kucing-kucing gelandangan @ terbiar.
Beliau juga membuka pusat jagaan dan perlindungan kucing “Sollu
Shelter” yang terletak di Taman Sentosa, Klang, Selangor untuk menempatkan
kucing-kucing yang hidup terbiar tanpa mendapat perlindungan yang sepatutnya.
Pusat ini mula beroperasi sejak 2 tahun lepas. Kini jumlah kucing terbiar yang
terdapat di Sollu Shelter mencecah 300 ekor dan beliau sanggup
membelanjakan wang sebanyak RM 45 ribu
untuk membuka pusat ini. Kos perbelanjaan bulanan yang perlu dikeluarkan untuk
menampung segala keperluan RM 8 ribu. Untuk menampung perbelanjaan bulanan
Sollu Shelter, beliau mencari sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan
berasaskan aspek penjagaan kucing termasuk khidmat pembersihan dan pengangkutan
kucing serta hotel kucing yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Pada bulan September tahun lalu, beliau telah menubuhkan
Persatuan Penyelamat Haiwan Jalanan
untuk memantapkan lagi pengurusan menyelamat kucing-kucing jalanan.
Bagi anda yang ingin turut serta membantu kucing-kucing
terbiar di Sollu Shelter dengan menghulurkan sumbangan, bolehlah hubungi Siti Khatijah di
talian 019-3725129. Marilah kita menghulurkan bantuan agar
kehidupan kucing-kucing terbiar yang beliau serta pasukan sukarelawan yang
ditubuhkan supaya dapat beroperasi dengan sebaiknya.
Keratan akhbar dari
Harian Metro bertarikh 18 Februari 2017 - Sabtu :
Comments