Di kawasan kediaman saya kerap terdapat kucing yang hidup
gelandangan akibat dibuang oleh manusia yang zalim . Bukan saja kucing tua,
berpenyakit dan bunting dibuang, malah kucing yang masih kecil pun turut
menjadi mangsa kezaliman dibuang tanpa mendapat perlindungan dan makan minum.
Memang kesian melihat semua kucing-kucing yang dibuang ini. Saya membantu mana
yang terdaya dengan meletakkan makanan dan minuman di kawasan depan rumah dan
mengiklankan kucing-kucing gelandangan ini agar ada insan berhati mulia yang
sudi mengambil serta memeliharanya. Saya berasa gembira dan lega apabila
kucing-kucing yang diiklankan berjaya mendapat keluarga baru yang sudi menjaga
mereka. Aktiviti ini akan diteruskan dan saya belum terlintas untuk
menghentikannya walaupun kadangkala terdapat masalah semasa menghantar dan
pulang selepas menghantar kucing-kucing berkenaan.
Ada juga antara mereka yang sudi mengambil kucing-kucing
diklankan itu, menghulurkan wang sebagai saguhati, namun saya takkan mengambil
wang yang dihulurkan. Niat saya hanya nak membantu kucing-kucing gelandangan
ini supaya mendapat perlindungan yang sepatutnya.
Paling tak dapat saya lupakan, ada seorang insan berhati mulia dari Johor yang sanggup nak datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil kucing yang saya iklankan. Namun bukan rezekinya untuk memelihara kucing itu sebab beliau terlewat sehari sebelum kucing itu mendapat keluarga baru. Beliau memang suka dan sayangkan kucing. Saya difahamkan beliau sanggup ke Kelantan untuk mendapatkan kucing.
Antara gambar-gambar kucing yang berjaya mendapat keluarga
baru :
Comments