Berdasarkan hadith Rasulullah SAW menyifatkan kucing sebagai
suci dan tidak najis. Antaranya mafhum sabda Baginda : “Sesungguhnya ia
tidaklah najis tetapi ia sejenis binatang yang sentiasa berlingkaran
kepada kamu.” (Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi, al-Nasai dan Ibn Majah).
Mengapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan
tidak najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur
bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing ditutupi oleh bonjolan kecil yang
runcing. Bonjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini
sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik
cecair yang jatuh daripada lidahnya.
Lidah kucing merupakan alat pembersih yang paling canggih,
permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan
bulu-bulu yang tersisa di badannya. Itu yang kita lihat kucing selalu
menjilat-jilat badannya, sebenarnya ia membersihkan bulunya.
Terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa seseorang yang solat
dan terdapat pada pakaiannya lebih daripada 3 helai bulu kucing maka solatnya
tidak diterima. Sebenarnya pendapat
tersebut tidaklah kuat kerana tidak diasaskan kepada dalil sebaliknya dalil
bersama pendapat yang menyatakan tidak batal.
Comments