Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud : Ada seorang lelaki yang sedang berjalan lalu dia
rasa sangat haus sehingga dia turun ke suatu perigi lalu minum dari air perigi
tersebut. Ketika dia keluar dari perigi, dia mendapati ada seekor anjing yang
sedang menjelir lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu
berkata : Anjing ini sedang kehausan seperti yang aku rasakan tadi. Maka dia
(turun kembali ke dalam perigi) dan diisinya air ke dalam kasutnya. Sambil
menggigit kasutnya dengan mulut dia naik ke atas lalu memberi anjing itu minum.
Kemudian anjing itu bersyukur kepada Allah maka Allah mengampuninya. Para
sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, adakah kita akan mendapat pahala jika
berbuat baik kepada haiwan? Beliau menjawab : Berbuat baik terhadap setiap
makhluk bernyawa diberi pahala. (riwayat al-Bukhari).
Gambar kucing saya sedang minum air dalam gelas |
PENDERA HAIWAN BERPOTENSI JADI AHLI NERAKA. Klik disini untuk
membaca lebih lanjut : http://www.utusan.com.my/rencana/agama/mengasihi-binatang-1.67902
Gambar kucing sepupu saya yang menjadi mangsa kezaliman. Mati akibat diracun. |
Comments