Setiap hari, 3 hingga 5 kali sehari saya akan meletakkan
makanan dan minuman untuk kucing-kucing gelandangan datang makan di kawasan
depan rumah saya. Hampir setiap minggu ada saja kucing yang dibuang di kawasan
perumahan saya, tak kiralah kucing yang masih kecil dan besar serta tua yang
sedang bunting dan berpenyakit.
Namun begitu, bukan semua masyarakat atau jiran yang suka melihat saya memberi
makan kepada kucing-kucing gelandangan ini. Pernah terjadi beberapa ekor kucing
gelandangan yang saya beri makan, lenyap begitu saja dan ada yang saya terserempak
mereka berada di tempat lain yang jauh dari kawasan kediaman saya. Maksud saya
ada seseorang yang membuang kucing-kucing ini ke tempat lain. Pada pengamatan
saya, kucing-kucing gelandangan yang saya beri makan ini tak pernah nampak mereka
membuang najis dimerata tempat terutama tempat penduduk lalu-lalang. Jika ada
pun saya sanggup dan bersedia membersihkan segala najis kucing-kucing ini.
Gambar sebahagian kucing-kucing gelandangan yang saya beri
makan di kawasan depan rumah :
Marilah kita sama-sama berkongsi rezeki dengan kucing-kucing
yang hidup gelandangan dan terbiar tanpa mendapat makan dan minum yang
sepatutnya. Mana tahu dengan cara ini boleh meluaskan rezeki kita.
Rahsia rezeki melimpah-ruah
:
Di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, warung menjual sarapan pagi. Warung ala kadar
saja tapi setiap hari pasti penuh dengan orang yang bersarapan hingga
kadang-kala terpaksa beratur menanti giliran.
Antara petikan yang menarik perhatian : Dalam ramai pelanggan yang menanti, saya perasan warung itu turut bising dengan bunyi kucing yang seakan kelapaparan. Tak silap saya enam atau tujuh ekor kucing yang turut menanti makanan.
Selepas menunggu kira-kira 20 minit, van membawa makanan pun tiba. Ketika mengambil makanan, saya melihat seorang pakcik berdiri dihujung warung berhampiran menggoreng ayam.
Saya lihat dikakinya kucing mengiau-ngiau seperti meminta makanan. Tak lama selepas itu saya lihat pakcik tadi mengambil ayam goreng yang masih panas, memotongnya dengan pisau dan diberikan kepada kucing-kucing itu. Tiada lagi kedengaran suara kucing. Mungkin sudah kenyang agaknya.
Saya tersenyum sendirian dan yakin ini antara rahsia mengapa warung buruk ini berjaya menarik begitu ramai pelanggan.
SIFAT PEMURAH pakcik ini terhadap KUCING JALANAN sebenarnya menjadi MAGNET untuk MENARIK REZEKI YANG LEBIH BESAR padanya.
# Sumber daripada akhbar METRO AHAD - 15 Februari 2015 - Kalam Imam Muda

Sumber gambar dari harian metro online |
Comments