Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

KUCING HILANG : GANJARAN RM 1,000 AKAN DIBERIKAN

Bayangkan jika kucing kesayangan kita hilang ntah ke mana atau dicuri. Tentu kita berasa risau dan sedih atas kehilangannya. Begitulah yang dihadapi oleh pemilik kucing ini sehingga beliau sanggup memberikan ganjaran RM 1000.00 kepada pihak yang memulangkan semula atau menemui kucingnya yang hilang sejak bulan Disember 2017 yang lalu   Bagi anda yang tinggal di kawasan sekitar Serdang atau yang berdekatan dengannya, tolonglah perhatikan sikit kot manalah tahu anda ada ternampak kucing ni nanti bolehlah salurkan maklumat kepada pemilik kucing berkenaan. Sumber diperolehi daripada facebook :

KUCING JALANAN : TIGA MINGGU BERSAMANYA AKHIRNYA TERPAKSA SERAHKAN KEPADA SAHABAT YANG SUDI MENJAGANYA

Pada 13hb Disembar 2017 yang lalu, saya ada melihat iklan mencari keluarga angkat untuk seekor kucing jantan yang hidup terbiar akibat dibuang oleh tuannya di Wangsa Maju. Ia dikongsikan oleh seorang group member dari sebuah group kucing. Kemudian saya ada terbaca komen dari seorang yang berminat untuk menjaga kucing itu tapi dia  tiada kenderaan bagi mengambil kucing berkenaan di Seksyen 1 Wangsa Maju. Dia tinggal di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.  Disebabkan rasa kasihan dan simpati terhadap kucing itu, saya pun memberi maklumbalas terhadap komennya di facebook, jika dia berminat nak jaga kucing itu, saya boleh hantarkan kepadanya tanpa sebarang bayaran.  Pada saya ini peluang cerah untuk kucing jantan itu mendapat keluarga angkat baru yang sudi menjaganya dan sebab itulah saya sanggup korbankan masa dan tenaga untuk tolong hantar kucing itu dari seorang makcik berbangsa cina yang juga selalu memberi makan pada kucing-kucing jalanan yang terdapat di Wangsa Maju. Dipendekkan