Akta Kebajikan Haiwan 2015 ini bertujuan melindungi haiwan
peliharaan daripada dizalimi pemilik atau orang awam.
Sebaik sahaja akta ini dikuat kuasakan, pihak
Jabatan Veterinar akan menubuhkan Lembaga Kebajikan Haiwan, bagi membantu
pelaksanaan akta itu. Lembaga itu akan dianggotai sembilan ahli dan
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Veterinar. Sembilan ahli lembaga ini adalah
dari Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN),
Jabatan Perikanan, Jabatan Kerajaan Tempatan, Fakulti Perubatan Veterinar,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Kesihatan. "Dalam menguat kuasakan akta ini, pihak lembaga
juga akan melantik Pembantu Sukarela Kebajikan Haiwan, terdiri daripada orang
ramai yang berminat untuk membantu Pegawai Kebajikan Haiwan.
(Keratan daripada akhbar tempatan) |
Comments