Kiki kucing jenis kacukan siam dilahirkan pada pertengahan tahun
2012 oleh ibunya yang merupakan seekor
kucing gelandangan di kawasan kediaman saya. Ibunya dibuang oleh seseorang
setelah ia bunting. Ibu Kiki kemudiannya menghilangkan diri setelah beberapa bulan bergelandangan disini.
Semasa kecil, Kiki suka datang dan selalu ikut saya turun
naik tangga sewaktu keluar masuk rumah. Pada mulanya saya tak berminat nak mengambil
Kiki untuk dipelihara atau diserahkan kepada sesiapa yang berminat. Sehinggalah
saya memberitahu pada emak saya di pangsapuri tempat tinggal saya terdapat
seekor anak kucing kacukan siam yang comel. Mak saya berminat untuk membelanya.
Kemudian saya mengambil Kiki dan menghantarnya ke rumah mak saya yang jaraknya
hanya dalam 3km dari rumah saya. Nama Kiki diberikan oleh anak buah saya.
Di rumah mak saya Kiki suka memanjat pokok rambuatan sehingga
adakalanya tak pandai nak turun semula dari pokok. Kiki tak banyak karenah dan
senang dibela cuma suka mencakar jika dibelai. Kini Kiki dijaga dengan
sebaiknya oleh mak dan kakak saya yang tinggal serumah. Kiki tak mempunyai anak
sebab telah dimandulkan.
Comments