SESIAPA MEMBERIKAN APA-APA UBAT ATAU BAHAN YANG BERACUN KEPADA MANA-MANA HAIWAN, MELAKUKAN SUATU KESALAHAN. BOLEH DIDENDA TAK KURANG RM 20 RIBU DAN PENJARA TAK LEBIH 3 TAHUN
Menurut Undang-Undang Malaysia, Akta 772, Akta Kebajikan
Haiwan 2015, yang telah mendapat perkenan Diraja pada 21 Disember 2015 dan
penyiaran dalam warta 29 Disember 2015, seksyen 31 Pemberian Racun,
(1) Mana-mana orang tanpa kebenaran yang sah atau sebab yang munasabah :
(1) Mana-mana orang tanpa kebenaran yang sah atau sebab yang munasabah :
a) Memberikan apa-apa ubat atau bahan yang beracun atau
memudaratkan kepada mana-mana haiwan, atau
b) Menyebabkan apa-apa ubat atau bahan yang beracun
memudaratkan diambil oleh mana-mana haiwan,
Melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada
satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada
tiga tahun atau kedua-duanya.
(2) Bagi maksud seksyen ini, ubat atau bahan yang beracun
atau memudaratkan, termasuklah ubat atau bahan yang, oleh sebab kuantiti atau
cara yang diberikan atau diambil, mempunyai kesan suatu ubat atau bahan yang
beracun atau memudaratkan.
Comments