Skip to main content

AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 : TAHUKAH ANDA HUKUMAN KESALAHAN MENZALIMI HAIWAN BOLEH DIDENDA RM 20 RIBU DAN MAKSIMUM RM 100 RIBU SERTA PENJARA HINGGA 3 TAHUN?

Kekejaman terhadap haiwan merangkumi tindakan seperti memukul, meracun, mengurung dan membiarkan haiwan tanpa penjagaan.

Saban hari terdapat banyak binatang seperti kucing dan anjing yang didera di negara kita . Pernah ada kenalan saya seorang warga Indonesia yang sayangkan kucing, bercerita, beliau ternampak tauke sebuah restoran memberi makanan bercampur racun kepada ibu kucing dan anak-anaknya. Lalu kesemua kucing-kucing itu hingga mati. Belia bertanya kepada tauke berkenaan, kenapa buat macam tu? Tauke tu menjawab “ini kucing bunyi banyak bising dan bikin kacau” Menitis air matanya ketika melihat kucing-kucing itu mati diracun. Kemudian beliau mengutip kesemua kucing-kucing yang mati itu dan menanamnya.
Gambar kucing sepupu saya yang mati akibat diracun di kawasan kejiranan tempat tinggalnya.





"Kajian selama 20 tahun di Massachusetts, Amerika Syarikat menunjukkan individu menzalimi haiwan cenderung lima kali lebih tinggi melakukan perkara sama terhadap kanak-kanak, wanita dan menjadi masalah dalam masyarakat.

"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) juga menggariskan kezaliman terhadap haiwan sebagai amaran penting untuk mengenali individu yang cenderung melakukan kekejaman terhadap orang lain," kata Penaung SPCA, Tan Sri Lee Lam Thye. (Sumber Berita Harian 11 Januari 2017)

Kalau kita nampak sesiapa yang menzalimi binatang seperti kucing, anjing dan lain-lain, ambillah gambar atau video supaya kita boleh melaporkan kepada pihak yang berkenaan.

Comments