Saya meminati dan menyayangi kucing sejak dari kecil lagi. Di
usia 10 tahun, keluarga saya memelihara seekor kucing jantan yang dinamakan “BUNTAL”.
Buntal seekor kucing kampung berwarna putih + kelabu dan saya selalu membelai
Buntal.
Pada suatu hari, saya melihat Buntal ingin bergaduh dengan
kucing jiran yang lebih kecil saiznya berbanding Buntal. Saya pergi
menyelamatkan kucing kecil itu dan ketika saya hendak mengangkat kucing jiran
tu, Buntal pula ingin mencakarnya, tapi sasarannya tak mengena sebebaliknya
jari telunjuk tangan saya dicakar secara tak sengaja oleh Buntal. Sakit tak
terkata tapi darah tak keluar banyak. Salah lihat Buntal terus mendiamkan diri
selepas mencakar jari tangan saya secara tak sengaja.
Kejadian ini pada mulanya saya rahsiakan dari keluarga kerana
takut dimarahi. Namun akibat sakit yang berterusan serta bengkak selama beberapa
hari terutamanya pada sebelah malam, menyebabkan saya terpaksa memberitahu keluarga akhirnya.
Mak saya segera menyapukan minyak ubat. Lama-kelamaan jari saya tak boleh
diluruskan. Ini mungkin disebabkan saya sentiasa membengkokkan jari beberapa
hari kerana berasa sakit bila diluruskan.
Mak saya terpaksa mengubati sendiri jari saya kerana faktor kekangan
kewangan untuk membawa saya ke klinik bagi mendapatkan rawatan pada waktu itu.
Mak saya menyapu pelbagai jenis minyak ubat termasuk menggunakan ubat-ubatan
cina, namun jari telunjuk tangan kiri saya masih tak dapat diluruskan. Apabila
cuba memaksa luruskan jari, menyebabkan kesakitan.
Akhirnya saya dan keluarga terpaksa menerima hakikat bahawa
jari telunjuk tangan kiri saya tak dapat diluruskan seperti biasa serta bentuk saiz
jari telunjuk kiri lebih kecil berbanding saiz jari telunjuk tangan kanan.
Adakalanya jari telunjuk tangan saya ini berasa sakit sehingga sekarang.
Semoga kisah perkongsian pengalaman saya ini menjadi pengajaran
buat kita semua.
Comments