JOM MENJAMU SELERA DENGAN DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI, ASAM PEDAS DAGING TETEL DAN LEPAS TU KITA BERSANTAI DENGAN KUCING BAKA TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
Lokasi Kafe Kucing Walk Studio terletak di Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, Melaka.
Apa yang terdapat di Kafe Kucing ini ? Hotel kucing, dandanan
dan jualan pelbagai produk bagi keperluan kucing, menjamu selera dengan menu
pilihan sehingga 30 jenis makanan dan lauk-pauk utama daging salai masak lemak
cili padi dan asam pedas daging tetel.
Pengunjung boleh bermain dengan kucing jenis british short
hair, mushkin, maine coon, parsi Bengal, Cornish rex dan baka tempatan.
Setiap hari kucing-kucing ini akan ditukar setiap hari mengikut giliran
ditetapkan supaya pengunjung tidak berasa jemu. Hanya 15 orang saja dihadkan
pada satu-satu masa untuk berada dalam ruangan kucing.
* Sumber dari akhbar Harian Metro – 08 Februari 2017
Oleh Shaiffulazhar Misri
Comments