Terdapat sesetengah klinik haiwan swasta yang bukan hanya
merawat kucing saja. Ada juga menawarkan perkhidmatan merawat haiwan selain kucing
seperti anjing. Kita sudah sedia maklum tentang batasan kita bagi yang beragama
Islam terhadap anjing. Klinik swasta yang turut menawarkan rawatan untuk anjing
juga tak salah. Ini kerana anjing juga berhak mendapat rawatan jika ia sakit.
Bagi klinik haiwan milik kerajaan, berdasarkan pengalaman
saya, untuk rawatan anjing ada bilik khas yang hanya merawat anjing saja. Ini
sudah tentulah tak mendatangkan masalah atau rasa ragu-ragu kepada kita.
Berikut adalah perkongsian
ilmu dari Jakim. Kemusykilan Agama. Anda Tanya Jakim jawab.
* Sumber dipetik dari laman web jakim http://kemusykilan.islam.gov.my
Jawapan bagi soalan topik seperti diatas yang diajukan kepada
pihak Jakim oleh seorang pengunjung :
Islam meraikan pelbagai pendekatan mengenai sesuatu hokum.
Jika peralatan yang digunakan untuk tujuan rawatan anjing di klinik haiwan itu
kering dan badan anjing juga kering maka tidak perlulah untuk anda melakukan
sertu atau samak. Begitu juga jika badan anjing basah dan peralatan itu kering
maka pada masa tersebut sewajibnya melakukan sertu iaitu membasuh @ menyucikan
badan kucing dengan 7 kali air termasuk 1 kali air bercampur dengan tanah.
Sekiranya badan dan anggota kucing sudah kering ketika dibawa balik maka anda
tidak perlu sertu (samak) pada tempat laluan kucing tersebut, kecualilah jika
terdapat air yang jatuh itu memang air yang diperolehi dari klinik haiwan yang
sebelumnya digunakan untuk rawatan anjing, maka anda wajib sertu. Justeru anda
kena perhalusi dan teliti tentang perkara ini. Sekian, Wallahualam.
Comments