Kesian melihat kucing berpenyakit yang saya nampak di sebuah
restoran berhampiran masjid di Rawang, Selangor. Menurut sumber kucing berpenyakit
ini dibuang di masjid. Orang manalah yang tergamak membuang kucing berpenyakit
ni. Kalau ia pun atas sebab-sebab tertentu tak dapat nak merawat kucing ni,
janganlah sampai dibuangnya. Di mana kucing ni nak berteduh dan macam mana
dengan makan serta minumnya nanti? Mujur ada seorang pekerja restoran berkenaan
yang sudi memberi kucing ni makan.
Menurut Undang-Undang Malaysia, Akta 772, Akta Kebajikan
Haiwan 2015, yang telah mendapat perkenan Diraja pada 21 Disember 2015 dan
penyiaran dalam warta 29 Disember 2015
Melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak kurang dari RM 20 ribu ringgit dan tidak lebih daripada RM 100
ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun atau
kedua-duanya :
Seksyen 29 :
(1) Mana-mana orang yang :
(o) Memiliki, tanpa alasan yang munasabah, mana-mana haiwan
yang sedang menderita kesakitan disebabkan oleh kecacatan, kebuluran, dahaga,
kesesakan atau perbuatan aniaya yang lain.
(p) Meninggalkan mana-mana haiwan dalam keadaan yang boleh
menyebabkan haiwan itu mengalami trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab
penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit.
(q) Sebagai pemunya mana-mana haiwan, dengan sengaja atau
cuai, menyebabkan mana-mana haiwan keluar tanpa pengawasan mana-mana tempat
ketika haiwan itu dijangkiti penyakit berjangkit.
(r) Sebagai pemunya mana-mana haiwan, dengan sengaja atau
cuai menyebabkan mana-mana haiwan yang berpenyakit, tidak berupaya atau cedera
untuk mati dimana-mana tempat.
Comments