Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 YANG DILULUSKAN DI DEWAN RAKYAT AKAN DIKUATKUASAKAN PADA TAHUN INI

Akta Kebajikan Haiwan 2015 ini bertujuan melindungi haiwan peliharaan daripada dizalimi pemilik atau orang awam. Sebaik sahaja akta ini dikuat kuasakan, pihak Jabatan Veterinar akan menubuhkan Lembaga Kebajikan Haiwan, bagi membantu pelaksanaan akta itu. Lembaga itu akan dianggotai sembilan ahli dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Veterinar. Sembilan ahli lembaga ini adalah dari Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Perikanan, Jabatan Kerajaan Tempatan, Fakulti Perubatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. "Dalam menguat kuasakan akta ini, pihak lembaga juga akan melantik Pembantu Sukarela Kebajikan Haiwan, terdiri daripada orang ramai yang berminat untuk membantu Pegawai Kebajikan Haiwan. (Keratan daripada akhbar tempatan)

PETFINDER.MY LAMAN MENEMUKAN KUCING DENGAN KELUARGA BARU

Jika anda ingin mendapatkan kucing yang kebanyakannya boleh diambil secara percuma, anda boleh berkunjung ke laman web petfinder.my . Disini terdapat ramai orang mengiklankan kucing-kucing yang memerlukan penjagaan dan perlindungan daripada keluarga baru. Kucing-kucing yang diiklankan disini ada yang berusia seawal 1 bulan hinggalah dewasa dan ada kucing yang ingin dilepaskan oleh keluarga mereka sendiri atas sebab-sebab tertentu dan iklan kucing yang dikutip atau hidup terbiar yang memerlukan perlindungan daripada keluarga baru. Anda perlulah mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli di website petfinder.my bagi membolehkan anda berhubung dengan mereka yang mengiklankan kucing. Pendaftaran adalah percuma. Anda boleh mendaftar disini : http://www.petfinder.my/join.htm

3 EKOR ANAK KUCING DI PERAK MENCARI KELUARGA ANGKAT

* Sumber perkongsian dari group fb Kucing Gelandangan Mencari Keluarga Angkat Whatsapp no telefon seperti digambar : 019-6026315 Link ke iklan di group fb :  https://www.facebook.com/groups/279651325742477/?ref=bookmarks  

RESPEK BUAT SITI KHATIJAH ALBAR

Siapakah Siti Khatijah Albar ? Beliau adalah seorang insan mulia yang sanggup berkorban wang, masa dan tenaganya untuk berbakti menyelamatkan kucing-kucing gelandangan @ terbiar. Beliau juga membuka pusat jagaan dan perlindungan kucing “Sollu Shelter” yang terletak di Taman Sentosa, Klang, Selangor untuk menempatkan kucing-kucing yang hidup terbiar tanpa mendapat perlindungan yang sepatutnya. Pusat ini mula beroperasi sejak 2 tahun lepas. Kini jumlah kucing terbiar yang terdapat di Sollu Shelter mencecah 300 ekor dan beliau sanggup membelanjakan  wang sebanyak RM 45 ribu untuk membuka pusat ini. Kos perbelanjaan bulanan yang perlu dikeluarkan untuk menampung segala keperluan RM 8 ribu. Untuk menampung perbelanjaan bulanan Sollu Shelter, beliau mencari sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan berasaskan aspek penjagaan kucing termasuk khidmat pembersihan dan pengangkutan kucing serta hotel kucing yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Pada bulan September t

PERKARA PENTING YANG PERLU DIAMBILKIRA SEBELUM MEMELIHARA KUCING

Nak pelihara kucing pun perlu ada persediaan? Perlu juga ada persediaan sebab perkara-perkara penting berikut perlu diambilkira : 1. Penempatan kucing. Adakah bela dalam rumah saja atau beri juga kebebasan bermain serta melepak di luar rumah, atau bela di luar rumah saja dan tak benarkan kucing masuk dalam rumah. 2. Tandas kucing. Perlu menyediakan bekas dan pasir, membersihkan najis dalam bekas, menukar pasir dan perbelanjaan bagi membeli pasir kucing. Ini amat penting sekali diambilkira bagi mereka yang memelihara kucing hanya dalam kawasan rumah (tak lepaskan kucing keluar rumah) dan mereka yang tinggal di rumah berbilang tingkat (pangsapuri, apartment dan kondominium). 3. Makanan. Perlu tahu makanan yang sesuai untuk kucing yang hendak dipelihara seperti jenis baka kucing dan umur. 4. Perbelanjaan untuk membeli makanan kucing, perbelanjaan bagi merawat kucing sekiranya sakit dan juga memandulkan kucing. 5. Pembiakan kucing. Sanggupkah memelihara anak-anak kucin

PERLUKAH KITA MENYAMAK KUCING SELEPAS PERGI KE KLINIK HAIWAN YANG JUGA ADA MERAWAT ANJING?

Terdapat sesetengah klinik haiwan swasta yang bukan hanya merawat kucing saja. Ada juga menawarkan perkhidmatan merawat haiwan selain kucing seperti anjing. Kita sudah sedia maklum tentang batasan kita bagi yang beragama Islam terhadap anjing. Klinik swasta yang turut menawarkan rawatan untuk anjing juga tak salah. Ini kerana anjing juga berhak mendapat rawatan jika ia sakit. Bagi klinik haiwan milik kerajaan, berdasarkan pengalaman saya, untuk rawatan anjing ada bilik khas yang hanya merawat anjing saja. Ini sudah tentulah tak mendatangkan masalah atau rasa ragu-ragu kepada kita. Berikut adalah perkongsian ilmu dari Jakim. Kemusykilan Agama. Anda Tanya Jakim jawab. * Sumber dipetik dari laman web jakim http://kemusykilan.islam.gov.my Jawapan bagi soalan topik seperti diatas yang diajukan kepada pihak Jakim oleh seorang pengunjung : Islam meraikan pelbagai pendekatan mengenai sesuatu hokum. Jika peralatan yang digunakan untuk tujuan rawatan anjing di klinik ha

KELEBIHAN MEMANDULKAN KUCING MENURUT PANDANGAN DOKTOR PERUBATAN VETERINAR

Pada mulanya disebabkan kurang pengetahuan dan pengalaman, saya pun tak bersetuju serta menyokong pasal hal mandulkan kucing. Tapi bila melihat sendiri banyak kucing-kucing betina terutamanya yang kena buang sebab bunting dan lepas tu anak-anaknya mati menderita kerana tak mendapat tempat perlindungan yang sepatutnya, ada yang mati  dalam longkang dan kena lenyek dengan kereta dan motorsikal, selepas itu barulah saya mengubah pendirian dari tak bersetuju kepada bersetuju. Kemudian saya pun bertindak memandulkan kucing betina saya dan selepas itu kucing jantan pula. Memang ketara melihat tingkahlaku kedua-duanya iaitu sebelum dan selepas dimandulkan. Yang paling ketara keadaan lebih tenteram kerana kucing betina saya tak lagi bunyi ingin mengawan setiap kali tiba musim mengawan. Jika dulu bila tiba musim mengawan, saya lihat kucing betina saya akan kencing dan berak dimerata tempat kerana mungkin agaknya tak dapat mengawal perasaan. Manakala kucing jantan pula tak kencing memancut

TINDAKAN ZALIM MEMBUANG KUCING YANG SEDANG SAKIT

Kesian melihat kucing berpenyakit yang saya nampak di sebuah restoran berhampiran masjid di Rawang, Selangor. Menurut sumber kucing berpenyakit ini dibuang di masjid. Orang manalah yang tergamak membuang kucing berpenyakit ni. Kalau ia pun atas sebab-sebab tertentu tak dapat nak merawat kucing ni, janganlah sampai dibuangnya. Di mana kucing ni nak berteduh dan macam mana dengan makan serta minumnya nanti? Mujur ada seorang pekerja restoran berkenaan yang sudi memberi kucing ni makan. Menurut Undang-Undang Malaysia, Akta 772, Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang telah mendapat perkenan Diraja pada 21 Disember 2015 dan penyiaran dalam warta 29 Disember 2015 Melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang dari RM 20 ribu ringgit dan tidak lebih daripada RM 100 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya : Seksyen 29 : (1) Mana-mana orang yang : (o) Memiliki, tanpa alasan yang munasabah, mana-mana ha

APA NAMA KUCING ANDA? KUCING RASULULLAH PUN ADA DIBERI NAMA

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza . Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Terdapat pelbagai nama-nama kucing yang unik dan mungkin ada kisah atau cerita bagaimana nama itu boleh diberikan kepada kucing anda. Berikut adalah 200 nama-nama kucing yang popular atau sering dinamakan pada kucing : 1. Bella.   2. Tigger.   3. Chloe.   4. Shadow.   5. Luna.   6. Oreo.   7. Oliver.   8. Kitty.   9. Lucy.   10.  Molly.   11. Jasper.   12. Smokey.   13. Gizmo.   14. Simba.   15. Tiger.  16. Charlie.  17. Angel. 18. Jack. 19. Lily.   20.  Peanut.  21. Toby.   22. Baby.   23. Loki.   24. Midnight.   25. Milo. 26. Princess.   27. Sophie.   28.  Harley.   29. Max.   30. Missy.   31. Rocky.   32. Zoe.   33. Coco. 34. Misty.   35. Nala.   36. Oscar.   37. Pepper.   38. Sasha.   39. Buddy.   40. Pumpkin.   41. Kiki. 42. Mittens.   4

PETANG 14 FEBRUARI 2017, TERNAMPAK SI IBU KUCING GELANDANGAN DENGAN ANAKNYA YANG MASIH BAYI. SEBAB ITULAH JAKIM MENGELUARKAN FATWA – HUKUMNYA ADALAH HARUS MEMANDULKAN KUCING AGAR KEBAJIKAN KUCING TAK DIABAIKAN

Hari ini 14 Februari 2017 – Selasa. Sewaktu saya meletakkan motorsikal di belakang deretan lot kedai bersebelahan Plaza GM Chow Kit, Kuala Lumpur , saya ternampak seekor ibu kucing dengan 3 ekor anaknya yang masih bayi. Saya anggarkan anaknya baru beberapa hari yang lalu. Saya sempat meletakkan makanan untuk ibu kucing berkenaan, tapi ia tak nak makan mungkin sebab takut saya mengambil anaknya. Kasihan melihat ibu kucing dengan anaknya yang masih kecil itu tapi saya tak dapat membawanya pulang ke Rawang, Selangor kerana menaiki motorsikal dan tambahan pula tak membawa sangkar. Hanya mampu berdoa agar si ibu kucing itu akan selamat hidup disitu dan akan ada insan yang sudi mengambilnya nanti. Jika ada sesiapa yang sudi nak memelihara ibu kucing ini dan anaknya itu, saya boleh usahakan untuk mengambilnya di lokasi yang saya jumpa petang tadi. Anda boleh hubungi saya melalui email : rezekikucing@gmail.com dan sertakan sekali no telefon anda. Sebagai ulangkaji topik KEBANY

SESIAPA MEMBERIKAN APA-APA UBAT ATAU BAHAN YANG BERACUN KEPADA MANA-MANA HAIWAN, MELAKUKAN SUATU KESALAHAN. BOLEH DIDENDA TAK KURANG RM 20 RIBU DAN PENJARA TAK LEBIH 3 TAHUN

Menurut Undang-Undang Malaysia, Akta 772, Akta Kebajikan Haiwan 2015 , yang telah mendapat perkenan Diraja pada 21 Disember 2015 dan penyiaran dalam warta 29 Disember 2015, seksyen 31 Pemberian Racun,  (1) Mana-mana orang tanpa kebenaran yang sah atau sebab yang munasabah : a) Memberikan apa-apa ubat atau bahan yang beracun atau memudaratkan kepada mana-mana haiwan, atau b) Menyebabkan apa-apa ubat atau bahan yang beracun memudaratkan diambil oleh mana-mana haiwan, Melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya. (2) Bagi maksud seksyen ini, ubat atau bahan yang beracun atau memudaratkan, termasuklah ubat atau bahan yang, oleh sebab kuantiti atau cara yang diberikan atau diambil, mempunyai kesan suatu ubat atau bahan yang beracun  atau memudaratkan. 

KESALAHAN PENGANIAYAAN TERHADAP HAIWAN SEPERTI MENYEPAK, MEMUKUL, MENDERA ATAU MENAKUT-NAKUTKAN MANA-MANA HAIWAN, MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DAN BOLEH DIDENDA TAK LEBIH RM SERATUS RIBU DAN PENJARA

Menurut Undang-Undang Malaysia, Akta 772, Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang telah mendapat perkenan Diraja pada 21 Disember 2015 dan penyiaran dalam warta 29 Disember 2015, Seksyen 29 – Kesalahan Penganiayaan Gambar seorang pemuda negro yang menyepak seekor kucing yang berlaku di New York, Amerika Syarikat. Pernah menjadi viral pada Mei 2014 yang lalu dan menyebabkan dia ditahan dan didakwa (1) Mana-mana orang yang : (a) Dengan kejamnya memukul, menyepak, melebihkan muatan, mendera, atau menakutkan mana-mana haiwan. Melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada RM 20 ribu dan tidak lebih daripada RM 100 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya.

JOM KE SPCA SELANGOR (AMPANG JAYA) PADA 18 FEBRUARI 2017. ADA SWEET SINGLES PAWTY

Sumber daripada SPCA Selangor : http://www.spca.org.my/events/   Meet and mingle with adorable adoptables & animal lovin' friends! Sweet Singles Pawty is happening this Feb 18th @ SPCA Selangor, from 2:00 - 4:00PM ! Highlights: ♥  Puppy & kitten playtime ♥  Instagram photo contest ♥  Games & prizes ♥  Light snacks & drinks RM 30 donation/ attendee E-mail events@spca.org.my to book your spot!

JANGAN RISAU KUCING TAK NAJIS DAN SOLAT TETAP SAH JIKA TERDAPAT BULU KUCING MELEKAT PADA PAKAIAN

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW menyifatkan kucing sebagai suci dan tidak najis. Antaranya mafhum sabda Baginda : “Sesungguhnya ia tidaklah najis tetapi ia sejenis binatang yang sentiasa berlingkaran kepada kamu.” (Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi, al-Nasai dan Ibn Majah). Mengapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing ditutupi oleh bonjolan kecil yang runcing. Bonjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik cecair yang jatuh daripada lidahnya. Lidah kucing merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Itu yang kita lihat kucing selalu menjilat-jilat badannya, sebenarnya ia me

KEBANYAKAN KUCING YANG KENA BUANG ADALAH KUCING BETINA?

Di kawasan kediaman pangsapuri saya ni kebanyakkan kucing yang dibuang oleh manusia yang zalim adalah kucing betina, sama ada yang belum bunting dan sedang bunting. Kenapa orang lebih suka buang kucing betina? Sebab yang kita boleh agak, tak sanggup nak bela pasal dekat rumah dah ada banyak kucing. Bila ditanya kenapa takut kucing membiak? Tak sanggup kena keluarkan belanja tambahan untuk bagi kucing makan, bimbang kucing berak merata-rata, takut jiran marah pasal kucing berkeliaran dan lain-lain lagi alasan. Persoalan yang lebih kepada pembiakan kucing. Gambar diatas ini, si ibu kucing yang dibuang semasa bunting  serta anaknya ini telah mati kerana tidak mendapat perlindungan dan penjagaan yang sepatutnya. Antara sebahagian kucing betina yang hidup gelandangan selepas dibuang oleh seseorang di kawasan kediaman saya : Jadi kenapa tak buat sesuatu untuk mengekang kucing-kucing yang dipelihara itu dari terus membiak? Seperti mandulkan ke? “Tak nak mandulkan sebab kesian da

JOM MENJAMU SELERA DENGAN DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI, ASAM PEDAS DAGING TETEL DAN LEPAS TU KITA BERSANTAI DENGAN KUCING BAKA TEMPATAN DAN LUAR NEGARA

Lokasi Kafe Kucing Walk Studio terletak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka . Apa yang terdapat di Kafe Kucing ini ? Hotel kucing, dandanan dan jualan pelbagai produk bagi keperluan kucing, menjamu selera dengan menu pilihan sehingga 30 jenis makanan dan lauk-pauk utama daging salai masak lemak cili padi dan asam pedas daging tetel. Pengunjung boleh bermain dengan kucing jenis british short hair, mushkin, maine coon, parsi Bengal, Cornish rex dan baka tempatan . Setiap hari kucing-kucing ini akan ditukar setiap hari mengikut giliran ditetapkan supaya pengunjung tidak berasa jemu. Hanya 15 orang saja dihadkan pada satu-satu masa untuk berada dalam ruangan kucing. * Sumber dari akhbar Harian Metro – 08 Februari 2017 Oleh Shaiffulazhar Misri

AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 : TAHUKAH ANDA HUKUMAN KESALAHAN MENZALIMI HAIWAN BOLEH DIDENDA RM 20 RIBU DAN MAKSIMUM RM 100 RIBU SERTA PENJARA HINGGA 3 TAHUN?

Kekejaman terhadap haiwan merangkumi tindakan seperti memukul, meracun, mengurung dan membiarkan haiwan tanpa penjagaan. Saban hari terdapat banyak binatang seperti kucing dan anjing yang didera di negara kita . Pernah ada kenalan saya seorang warga Indonesia yang sayangkan kucing, bercerita, beliau ternampak tauke sebuah restoran memberi makanan bercampur racun kepada ibu kucing dan anak-anaknya. Lalu kesemua kucing-kucing itu hingga mati. Belia bertanya kepada tauke berkenaan, kenapa buat macam tu? Tauke tu menjawab “ini kucing bunyi banyak bising dan bikin kacau” Menitis air matanya ketika melihat kucing-kucing itu mati diracun. Kemudian beliau mengutip kesemua kucing-kucing yang mati itu dan menanamnya. Gambar kucing sepupu saya yang mati akibat diracun di kawasan kejiranan tempat tinggalnya. "Kajian selama 20 tahun di Massachusetts, Amerika Syarikat menunjukkan individu menzalimi haiwan cenderung lima kali lebih tinggi melakukan perkara sama terhadap kanak-

PELUANG JADI SUKARELAWAN @ VOLUNTEER DI SPCA

SPCA adalah Society for the Prevention of Cruelty to Animals atau dalam Bahasa Melayu disebut PERSATUAN PENCEGAHAN PENGANIAYAAN HAIWAN adalah pertubuhan kebajikan haiwan yang berperanan melindungi dan meneduh haiwan dalam bahaya. SPCA merupakan pertubuhan bukan menjana keuntungan yang memperjuangkan kebajikan haiwan dan memberi pertolongan kepada haiwan yang didera dan dizalimi atau ditinggalkan serta mencari pemilik baru untuknya. Antara SPCA yang terdapat di negara kita ialah  : SPCA SELANGOR Jalan Kerja Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor Tel: 03-42565312 Website : https://www.spca.org.my SPCA PENANG Jalan Jeti Jelutong, 11600 Penang, Telephone:(604)2816559 Mobile:(6016)4166559 Website : http://spca-penang.net PAWS Animal Welfare Society Pilmoor Estate, Subang Airport Road, 47200 Subang, Selangor, Website : http://www.paws.org.my

GEMBIRA BILA DAPAT MENEMUKAN SI MEOW YANG COMEL DENGAN KELUARGA BARU

Di kawasan kediaman saya kerap terdapat kucing yang hidup gelandangan akibat dibuang oleh manusia yang zalim . Bukan saja kucing tua, berpenyakit dan bunting dibuang, malah kucing yang masih kecil pun turut menjadi mangsa kezaliman dibuang tanpa mendapat perlindungan dan makan minum. Memang kesian melihat semua kucing-kucing yang dibuang ini. Saya membantu mana yang terdaya dengan meletakkan makanan dan minuman di kawasan depan rumah dan mengiklankan kucing-kucing gelandangan ini agar ada insan berhati mulia yang sudi mengambil serta memeliharanya. Saya berasa gembira dan lega apabila kucing-kucing yang diiklankan berjaya mendapat keluarga baru yang sudi menjaga mereka. Aktiviti ini akan diteruskan dan saya belum terlintas untuk menghentikannya walaupun kadangkala terdapat masalah semasa menghantar dan pulang selepas menghantar kucing-kucing berkenaan. Ada juga antara mereka yang sudi mengambil kucing-kucing diklankan itu, menghulurkan wang sebagai saguhati, namun saya takkan meng

GANJARAN PAHALA BERBUAT BAIK PADA KUCING @ HAIWAN

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Ada seorang lelaki yang sedang berjalan lalu dia rasa sangat haus sehingga dia turun ke suatu perigi lalu minum dari air perigi tersebut. Ketika dia keluar dari perigi, dia mendapati ada seekor anjing yang sedang menjelir lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata : Anjing ini sedang kehausan seperti yang aku rasakan tadi. Maka dia (turun kembali ke dalam perigi) dan diisinya air ke dalam kasutnya. Sambil menggigit kasutnya dengan mulut dia naik ke atas lalu memberi anjing itu minum. Kemudian anjing itu bersyukur kepada Allah maka Allah mengampuninya. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, adakah kita akan mendapat pahala jika berbuat baik kepada haiwan? Beliau menjawab : Berbuat baik terhadap setiap makhluk bernyawa diberi pahala. (riwayat al-Bukhari). Gambar kucing saya sedang minum air dalam gelas PENDERA HAIWAN BERPOTENSI JADI AHLI NERAKA. Klik disini untuk

BERKONGSI REZEKI DENGAN KUCING GELANDANGAN

Setiap hari, 3 hingga 5 kali sehari saya akan meletakkan makanan dan minuman untuk kucing-kucing gelandangan datang makan di kawasan depan rumah saya. Hampir setiap minggu ada saja kucing yang dibuang di kawasan perumahan saya, tak kiralah kucing yang masih kecil dan besar serta tua yang sedang bunting dan berpenyakit. Namun begitu, bukan semua masyarakat  atau jiran yang suka melihat saya memberi makan kepada kucing-kucing gelandangan ini. Pernah terjadi beberapa ekor kucing gelandangan yang saya beri makan, lenyap begitu saja dan ada yang saya terserempak mereka berada di tempat lain yang jauh dari kawasan kediaman saya. Maksud saya ada seseorang yang membuang kucing-kucing ini ke tempat lain. Pada pengamatan saya, kucing-kucing gelandangan yang saya beri makan ini tak pernah nampak mereka membuang najis dimerata tempat terutama tempat penduduk lalu-lalang. Jika ada pun saya sanggup dan bersedia membersihkan segala najis kucing-kucing ini. Gambar sebahagian kucing-kucing gel

AWAS! CAKARAN KUCING BOLEH MENYEBABKAN KECACATAN KEKAL

Saya meminati dan menyayangi kucing sejak dari kecil lagi. Di usia 10 tahun, keluarga saya memelihara seekor kucing jantan yang dinamakan “BUNTAL”. Buntal seekor kucing kampung berwarna putih + kelabu dan saya selalu membelai Buntal. Pada suatu hari, saya melihat Buntal ingin bergaduh dengan kucing jiran yang lebih kecil saiznya berbanding Buntal. Saya pergi menyelamatkan kucing kecil itu dan ketika saya hendak mengangkat kucing jiran tu, Buntal pula ingin mencakarnya, tapi sasarannya tak mengena sebebaliknya jari telunjuk tangan saya dicakar secara tak sengaja oleh Buntal. Sakit tak terkata tapi darah tak keluar banyak. Salah lihat Buntal terus mendiamkan diri selepas mencakar jari tangan saya secara tak sengaja. Kejadian ini pada mulanya saya rahsiakan dari keluarga kerana takut dimarahi. Namun akibat sakit yang berterusan serta bengkak selama beberapa hari terutamanya pada sebelah malam, menyebabkan  saya terpaksa memberitahu keluarga akhirnya. Mak saya segera menyapukan mi