Biasanya apa yang menyebabkan
sesetengah orang tak sukakan kucing? Mungkin mereka ada kisah pengalaman yang
tidak menyeronokkan pernah mereka lalui sebelum ini contoh mungkin pernah
dicakar atau digigit kucing, terpijak najis kucing, kucing curi makanan dan
lain-lain.
Saya juga pernah melalui pengalaman
pahit bersama kucing semasa saya di zaman kanak-kanak. Disebabkan ingin
menyelamatkan seekor kucing yang sedang bergaduh, jari telunjuk tangan kiri
saya telah dicakar oleh kucing yang kami bela sehingga menyebabkan kecacatan
kekal kerana lambat dirawat. Tapi Alhamdulillah saya tetap sukakan kucing dan
menjadi pencinta kucing.
Namun ada juga kisah seseorang itu tak
sukakan kucing bukan kerana dia pernah dicederakan oleh kucing. Satu kisah benar
ini amat menarik perhatian saya. Kisah tragis yang menimpa seorang ahli dalam
group whatsapp yang tak sukakan kucing kerana semasa beliau di zaman
kanak-kanak, beliau pernah ternampak seorang jirannya memancung seekor kucing.
Kejamnya, kenapa sampai pancung kucing malang berkenaan? Kerana kucing itu
dikatakan telah mencuri telur ayam di reban ayam jirannya itu. Sejak dari peristiwa
tragis itu, dia mengalami trauma sehingga sekarang dan menyebabkan dia tak
sukakan kucing. Harap satu hari nanti dia boleh melupakan kisah tragis itu dan
menjadi seorang pencinta kucing. Manalah tahu kan?
Comments