Pada tengahari semalam, sewaktu saya
hendak membeli kad tambah nilai di sebuah kedai, datang seekor kucing jantan
dan tiba-tiba dia mencapai tangan saya seolah memberi isyarat ingin meminta
makanan daripada saya. Sedih pula saya melihat keadaannya.
Kemudian saya pun bergegas ke
motorsikal saya untuk mengambil bekas makanan dalam raga motorsikal. Saya pun
letaklah makanan itu di kaki lima depan kedai berkenaan. Saya lihat kucing itu
makan seperti dia tidak dapat menjamah makanan selama beberapa hari.
Walau pun
terdapat sebuah kedai makan di kawasan situ, ini tidak bermakna kucing itu dengan mudah boleh mendapat
makanan kerana bukan semua orang sukakan kucing dan bersimpati terhadap kucing
yang kelaparan datang meminta makanan.
Beginilah nasib kucing-kucing yang
dibuang oleh tuannya. Kucing-kucing yang dibuang itu boleh menderita kelaparan
jika tiada siapa pun peduli dan berasa simpati apabila kucing itu meminta belas
ihsan untuk mendapatkan makanan.
Jadi tolonglah hentikan pembuangan
kucing walau atas apa sebab serta alasan sekalipun janganlah buang kucing anda.
Kasihanilah mereka. Kucing-kucing yang dibuang itu bukan sahaja kebajikan
mereka terabai bahkan berisiko mati akibat dizalimi oleh manusia dan kebuluran.
Comments