Skip to main content

JUMPA KUCING BETINA YANG JINAK DIBUANG DI PASARAYA BESAR

Ketika saya hendak membeli makanan kucing di sebuah Pasaraya Besar, saya ternampak kucing betina ini sedang berkeliaran di tempat parking kereta. Dia bertindak balas bila saya  memanggilnya dan dia pun datang pada saya. Saya kerap juga berkunjung ke pasaraya besar ini. Mesti dia baru dibuang kerana sebelum ini saya tak pernah nampak kucing berkeliaran di kawasan luar pasaraya besar itu.
Saya lihat kucing itu seperti lapar. Nak berinya makan, saya pula tak bawa bekalan makanan kucing @ kibble. Jadi saya pun bergegaslah ke pasar mini untuk membeli wetfood. Kemudian saya kembali ke pasaraya besar berkenaan untuk memberinya makan.
Saya kesian melihatnya. Macam manalah dia nak menyesuaikan dirinya dengan keadaan tempat baru. Esok lusa entah apalah nasibnya. Bimbang pihak pengurusan akan ambil tindakan terhadap kucing itu, kena langgar dengan kenderaan dan dizalimi oleh pengunjung pasaraya. Hendak bawanya balik tapi dalam rumah kecil saya ada berbelas ekor kucing.
Buat masa ni saya hanya dapat memberinya makan dan Insha Allah saya akan ke sini setiap hari untuk berinya makan kerana saya rasa dia tak pandai mencari makanan untuk dimakan dan melihat keadaannya juga, saya rasa sukar sebenarnya untuk kucing itu mendapatkan sesuatu yang boleh dimakan walaupun di seberang pasaraya besar itu terdapat restoran mamak.

Jika ada pihak yang sudi dan boleh menjaganya, saya akan serahkannya pada keluarga angkat. Harap adalah yang boleh ambil tanggungjawab menjaganya nanti. Insha Allah saya akan cuba mencari keluarga angkat untuknya secepat mungkin.

Comments