Pagi tadi saya ke sebuah pasaraya
besar di Rawang, Selangor lebih kurang jam 10.30 pagi Saya memang kerap ke sini
untuk membeli barangan keperluan dan juga makanan kucing. Selepas meletakkan
motorsikal, saya pun melalui kaki lima / laluan pejalan kaki.
Tiba-tiba saya
ternampak sebuah kotak berdekatan parking kereta bahagian dalam di tempat
laluan pejalan kaki idan apabila saya mendekati kotak itu, saya dapati terdapat
seekor kucing betina dengan 2 ekor anaknya seperti baru dilahirkan.
Siapalah
yang tergamak buang mereka disini. Tentu mereka tidak akan selamat lama-lama disitu
kerana tentu pihak pengurusan akan mengambil tindakan nanti. Si ibu kucing
memang jinak dan manja. Kesian pula saya melihatnya.
Sempat juga saya berinya makan dan saya lihat caranya makan seolah sudah beberapa hari tidak menjamah makanan.
Sempat juga saya berinya makan dan saya lihat caranya makan seolah sudah beberapa hari tidak menjamah makanan.
Memandangkan saya naik motorsikal,
adalah mustahil saya boleh membawa si ibu kucing tanpa menggunakan sangkar yang
sesuai. Kemudian saya telah berkongsi kisah ini di laman facebook supaya ada
pihak yang boleh memberi perlindungan buat kucing malang itu. Harap adalah
pihak yang boleh membantu. Tiba-tiba
terlintas di fikiran saya mungkin ada seorang sahabat saya yang boleh memberi
perlindungan buat kucing berkenaan. Lebih baik saya cuba bertanyanya. Saya pun
memang nak ke tempat kerjanya kerana ada urusan disitu. Saya pun segeralah
bergerak ke tempat kerjanya dan mengadu kepada dia untuk meminta pertolongan
agar dia boleh membantu kucing berkenaan.
Alhamdulillah, sahabat saya itu yang
juga merupakan pencinta kucing dan telah banyak menyelamatkan serta memberi
perlindungan buat kucing-kucing terbiar, telah bersetuju untuk memberi
perlindungan buat si ibu kucing serta anaknya itu. Selepas selesai urusan saya,
saya pun dengan segera pulang ke rumah mengambil sangkar kecil untuk mengambil
dan membawa kucing itu ke tempat sahabat saya.
Namun saya berasa terkilan dan sedih
kerana bila setibanya saya di lokasi kucing itu dijumpai tadi, saya dapati si
ibu kucing serta anaknya telah tiada lagi disitu. Kotak yang menempatkan mereka
juga tidak kelihatan. Saya ada juga bertanya pada seorang pekerja kedai makanan
segera yang sedang duduk di anak tangga berdekatan tempat itu, namun beliau
tidak tahu dan nampak kucing berkenaan.
Kemudian saya berjalan dan meninjau
di seluruh kawasan luar bangunan pasaraya besar itu, tapi tidak kucing itu
mahupun kotak yang menempatkan kucing itu tadi. Apalah nasibnya. Hampa saya
dibuatnya. Mungkin saya telah terlewat sedikit. Saya telah berusaha membantu
mengeluarkannya dari pasaraya besar itu dan sahabat saya pula telah sudi
memberi perlindungan buatnya, namun apakan daya sudahannya jadi begini.
Saya berharap si ibu kucing serta
anaknya itu selamat daripada kezaliman manusia. Harap kucing itu sebenarnya telah
diselamatkan oleh seorang pencinta kucing yang berhati mulia dan bukannya pihak
pengurusan pasaraya yang bertindak mengambil tindakan terhadap mereka. Semoga
mereka selamatlah hendaknya. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan
berbanyak terima kasih kepada sahabat saya itu yang sudi hendak membantu untuk memberi
perlindungan buat kucing malang berkenaan.
Comments