Malam tadi saya ke KL Sentral kerana
ada urusan peribadi. Seperti biasa saya menunggang motorsikal. Selepas
meletakkan motorsikal di tempat parking berbayar, saya pun melalui tangga untuk
ke Apabila saya turun dari anak
tangga dan melalui laluan tepi bangunan untuk ke pintu masuk utama, saya
ternampak beberapa ekor kucing gelandangan yang hidup terbiar serta terabai
sedang berkeliaran dan ada juga bersembunyi di pokok-pokok hiasan yang terdapat
di kawasan berkenaan.
Sebenarnya saya tak menyangka di
tempat yang gah seperti KL Sentral itu ada terdapat kucing-kucing gelandangan.
Mesti kucing-kucing itu dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Siapalah yang tergamak membuang kucing-kucing
berkenaan di situ. Di sini kedai-kedai makan semuanya terletak dalam kawasan
dalam bangunan. Bagaimanakah kucing-kucing itu hendak masuk ke kedai makan
untuk meminta simpati bagi mendapatkan makanan daripada pengunjung?
Kenapalah sanggup buang kucing di
sini. Jika bilangan kucing semakin bertambah, saya khuatir pihak pengurusan
mengambil tindakan. Lagi pun kucing-kucing itu sebenarnya sukar untuk
meneruskan kehidupan di sana. Mereka sukar mendapatkan makanan dan sebab itulah
keadaan kucing-kucing itu kurus. Ntah berapa harilah mereka tak dapat makan.
Tindakan membuang kucing di tempat
seperti ini boleh menyebabkan kucing-kucing itu hidup terabai tanpa mendapat
tempat perlindungan yang selamat, menyebabkan derita kelaparan, kehausan, sakit
dan terdedah pada risiko yang boleh mengancam serta merbahayakan nyawa
kucing-kucing di situ seperti dilanggar kenderaan.
Berikut adalah komen maklumbalas
nitezen di laman facebook berkenaan hal ini :
Comments