Hadis yang diriwayatkan daripada Abu
Hurairah ra. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada seorang lelaki yang
sedang berjalan lalu dia rasa sangat haus sehingga dia turun ke suatu perigi
lalu minum dari air perigi tersebut. Ketika dia keluar dari perigi, dia
mendapati ada seekor anjing yang sedang menjelir lidahnya menjilat-jilat tanah
kerana kehausan. Orang itu berkata: Anjing ini sedang kehausan seperti yang aku
rasakan tadi. Maka dia (turun kembali ke dalam perigi) dan diisinya air ke
dalam kasutnya. Sambil menggigit kasutnya dengan mulut dia naik ke atas lalu
memberi anjing itu minum. Kemudian anjing itu bersyukur kepada Allah maka Allah
mengampuninya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kita akan mendapat pahala jika
berbuat baik kepada haiwan? Beliau menjawab: Berbuat baik terhadap setiap
makhluk bernyawa diberi pahala. (riwayat al-Bukhari).
Di kebanyakan tempat seperti di
kedai-kedai makan yang kita kunjungi misalnya, jika kita perhatikan selalunya
akan terdapat kucing-kucing gelandangan yang hidup terbiar akibat dibuang oleh
tuannya di situ. Mereka akan berkeliaran untuk meminta simpati bagi mendapatkan
secebis makanan daripada pengunjung yang menjamu selera. Ini sebenarnya adalah
satu peluang untuk kita mendapatkan pahala dengan berkongsi rezeki atau makanan
dengan kucing terbiar yang kelaparan datang meminta makanan daripada kita.
Bagi kita yang mempunyai masa
terluang, bolehlah juga berjalan-jalan mencari kucing jalanan / terbiar untuk
diberi makan. Saya pun setiap hari memperuntukkkan tidak kurang dari 3kg
makanan kucing @ kibble untuk diberikan pada kucin- kucing jalalnan / terbiar
terutamanya di lokasi yang sukar untuk kucing-kucing berkenaan hendak
mendapatkan sumber makanan.
Oleh yang demikian, marilah kita
semua berbuat baik pada haiwan seperti kucing jalanan / terbiar kerana kucing
lebih mudah didekati dan banyak terdapat disekeliling kita. Lagi pun
kucing-kucing terbiar ini selalu tak cukup makan dan menderita kelaparan.
Semoga kita mendapat ganjaran pahala kerana membantu kucing-kucing jalanan /
terbiar yang menderita kelaparan.
Comments