Sewaktu saya berjalan-jalan di sebuah
pasar pagi tadi, saya terserempak dengan beberapa ekor kucing gelandangan yang
hidup terbiar dan terabai di situ. Apa yang menarik perhatian saya,
kucig-kucing yang terdapat di sekitar pasar itu, keadaan mereka kurus-kurus
belaka. Ntah berapa harilah kucing-kucing itu tak dapat makan. Ini menandakan
kucing-kucing yang dibuang di pasar hidup menderita kelaparan kerana sukar
mendapatkan makanan.
Dalam kesibukan dengan pengunjung
yang lalu lalang di pasar berkenaan, tiba-tiba seekor kucing itu datang pada
saya dan meminta simpati untuk mendapatkan makanan. Kesiannya melihat
keadaannya yang kurus. Saya rasa tak sampai hati untuk membiarkannya pergi
tanpa mendapat walau secebis makanan daripada saya. Bekalan makanan kucing yang selalu bawa pula
ditinggalkan dalam raga motorsikal. Nak patah balik agak jauh juga takut tak
sempat nanti kucing itu merayau ke tempat lain pula.
Jadi saya pun bergegas ke pasar mini
yang tidak jauh dari tempat saya bertemu kucing berkenaan untuk membeli
wetfood. Kemudian dengan segera saya kembali ke tempat saya bertemu kucing itu
tapi malangnya kucing berkenaan sudah tiada lagi di situ. Mungkin merayap ke tempat
lain untuk meminta makanan daripada pengunjung pasar. Rasa rasa kecewa kerana
tak dapat memberinya makan wetfood yang telah saya beli. Aduh sedihnya.
Janganlah buang kucing. Buang kucing
bukan hanya menyalahi undang-undang, tapi menyebabkan ucing-kucing yang dibuang
itu hidup menderita akibat kelapaan. Tak kiralah sama ada buang di pasar, kedai
makan dan lain-lain tempat lagi akan menyebabkan kucing-kucing itu hidup
terseksa kerana sukar hendak mendapatkan makanan. Sebenarnya tiada jaminan
kucing yang dibuang itu boleh mendapatkan makanan dengan mudah kerana bukan ramai
mana pengunjung pasar dan kedai makan yang sudi memberi makan pada
kucing-kucing yang dibuang itu. Belum tentu kucing-kucing itu dapat walau secebis
makanan.
Jika anda fikir buang kucing di pasar
atau kedai-kedai makan adalah langkah yang bagus dan tidak menzalimi kucing
kerana anda beranggapan kucing akan mudah mendapatkan makanan, sebenarnya anda
silap. Cuba anda perhatikan betul-betul bila setiap kali ke pasar atau kedai
makan. Berapa ramai yang peduli dan sudi untuk memberi kucing-kucing di situ makan?
Tolonglah hentikan pembuangan kucing.
Apa salahnya anda bela saja
kucing-kucing yang hendak anda buang itu. Jika tak nak kucing yang anda bela masuk
ke dalam rumah atas apa jua alasan, letakkanlah makanan yang mencukupi serta
air untuk kucing itu di luar rumah. Saya sendiri pun ada menyediakan beberapa
bekas makanan dan air untuk kucing-kucing jiran dan gelandangan yang kelaparan
serta kehausan datang makan minum.
Semoga masyarakat kita sedar bahawa membuang
kucing bukan hanya merupakan suatu kesalahan, malah adalah suatu tindakan yang
zalim, kerana ia boleh menyebabkan kucing-kucing yang dibuang itu hidup terabai
dan menderita kelaparan serta kehausan dan akhirnya boleh menyebabkan
kucing-kucing itu mati dalam keadaan yang sangat menderita. Kasihanilah kucing
anda. Jalankanlah tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap kucing yang anda
bela. Jika tak sanggup menjalankan tanggungjawab untuk membela kucing walaupun
sebenarnya anda sukakan kucing, lebih baik anda hanya memberi makan buat
kucing-kucing gelandangan / jalanan yang terdapat disekeliling anda.
Comments