Pada pagi semalam sewaktu saya hendak
pergi ke kedai runcit berhampiran rumah saya, saya jumpa seekor anak kucing
yang masih kecil anggaran usia dalam 1 bulan lebih. Anak kucing itu mengiau-giau
dan memandang ke arah saya.
Saya pun angkat dan bawanya ke tempat yang biasa
saya letakkan makanan biskut kucing di bawah pangsapuri. Mungkin dia baru saja
dibuang kerana saya tidak pernah nampaknya sebelum ini dan malam tadi masa saya
balik dari kerja sambilan pun tidak pula nampak anak kucing ini.
Kemudian saya membiarkannya seketika di
situ kerana hendak pergi ke kedai runcit yang jarak tidaklah dari rumah saya
dan hanya pergi sekejap sahaja. Bila saya balik nanti saya akan bawanya ke
rumah saya dan saya akan mencari keluarga angkat yang sudi menjaganya nanti.
Saya tidak dapat menjaganya kerana dalam rumah saya sudah ada banyak kucing.
Sekembalinya saya dari kedai, saya
dapati anak kucing itu sudah tiada di tempat berkenaan. Kebetulan saya
ternampak seorang kanak-kanak lelaki (anak jiran tetangga) yang sedang bermain
di kawasan bawah pangsapuri lalu saya pun bertanya kepadanya ada nampak anak
kucing warna oren? Dia kata ada. Kawan dia dah ambil bawa balik sebab dia nak
bela. Baguslah kalau begitu. Ada juga anak-anak jiran tetangga yang sukakan
kucing dan sanggup membela anak kucing itu. Harap anak kucing itu dijaga dengan
baik.
Comments