Setiap hari saya perlu menyediakan
tidak kurang dari 3kg makanan biskut kucing untuk diberi makan pada
kucing-kucing gelandangan yang hidup terbiar di beberapa lokasi yang sukar
untuk mereka hendak mendapatkan makanan dan boleh menyebabkan mereka menderita
kelaparan dan juga mati kebulur?
Adakalanya saya sampai terpaksa
menebalkan muka untuk meminta sumbangan makanan di laman facebook bagi
meringankan kos perbelanjaan yang perlu saya tanggung untuk membeli makanan
biskut kucing. Saya pula tidak kisah tentang jenama makanan kucing yang hendak
disumbangkan sama ada yang murah mahu pun mahal. Yang penting asalkan
kucing-kucing dapatlah makan dan tidak kelaparan. Saya amat hargai sumbangan
makanan kucing yang saya terima.
Namun begitu, terdapat pihak yang
mempertikaikan kenapa saya memberikan makanan biskut kucing berwarna-warni? Mereka
kata makanan warna-warni seperti itu tidak baik untuk kesihatan kucing.
Takkan pula saya hendak buang jika ada pihak yang telah sudi menyumbang makanan jenis itu. Tidakkah membazir dan seolah tidak menghargai pemberian sumbangan makanan daripada mereka yang prihatin? Saya bukanlah selalu memberi makanan biskut kucing berwarna-warni seperti itu. Biasanya saya beli makanan biskut kucing yang tidak berkala atau berwarna coklat cair / keperangan.
Takkan pula saya hendak buang jika ada pihak yang telah sudi menyumbang makanan jenis itu. Tidakkah membazir dan seolah tidak menghargai pemberian sumbangan makanan daripada mereka yang prihatin? Saya bukanlah selalu memberi makanan biskut kucing berwarna-warni seperti itu. Biasanya saya beli makanan biskut kucing yang tidak berkala atau berwarna coklat cair / keperangan.
Sebenarnya saya pun tidak pasti sama
ada makanan biskut kucing berwarna-warni itu tidak elok untuk kesihatan kucing
dan memang sebelum ini saya pernah juga mendengar orang kata begitu. Cuma saya
lihat makanan biskut kucing berwarna-warni seperti itu telah lama berada
dipasaran dan jenama-jenama itu pula terkenal. Pihak pengeluar makanan kucing
itu sudah pasti ada bahagian pembangunan dan penyelidikan berkaitan produk yang
mereka keluarkan dan bahagian yang memantau kualiti serta pakar pemakanan.
Ini bukanlah bermaksud saya ingin
mempertikaikan pendapat sesetengah pihak yang mendakwa makanan biskut kucing
jenis berwarna-warni boleh merbahayakan atau tidak elok untuk kesihatan kucing.
Cuma saya ingin melihat bukti dan fakta yang jelas serta sahih yang dikeluarkan
oleh mereka yang pakar.
Ada juga pihak yang berpendapat
mereka telah memberikan makanan kucing jenis berwarna-warni sejak sekian lama
dan sudah bertahun-tahun tapi kucing mereka elok saja dan tidak pula terkena
penyakit-penyakit seperti dikatakan. Penting juga sediakan air yang mencukupi
supaya kucing dapat minum banyak air dengan kerap.
Pendapat saya mungkin juga ada
makanan biskut kucing berwarna-warni yang tidak elok dimakan oleh kucing yang mungkin
dihasilkan tidak mengikut standard kualiti dan tidak mengunakan bahan yang baik.
Jika kita beranggapan makanan biskut
kucing jenis berwarna-warni itu merbahayakan kesihatan atau tak elok untuk
kucing, bagaimana pula dengan sisa makanan dalam tong sampah yang dimakan oleh
kucing terutamanya kucing-kucing gelandangan / jalanan? Adakah sisa makanan
yang telah tercemar dan kotor yang terdapat dalam tong sampah itu selamat
dimakan?
Comments