JUMPA 2 EKOR KUCING MATI DILANGGAR KENDERAAN PADA HARI SAMA DI KAWASAN HIGHWAY YANG JAUH DARI KAWASAN PERUMAHAN
Pada
hari Jumaat lepas 13hb. Disember 2019 semasa saya sedang bertugas meronda di
kawasan highway untuk mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh pengguna
highway, saya telah terjumpa dua ekor kucing mati akibat dilanggar dan digilis
kenderaan. Seekor yang pertama saya jumpa dari jarak 1 kilometer sebelum hentian
Rehat & Rawat dan kucing mati yang kedua saya jumpa dalam jarak 2 kilometer
selepas hentian Rehat & Rawat berkenaan.Maaf atas sebab-sebab tertentu saya
tidak boleh dedahkan lokasi highway sebenar.
Pernah
tak anda terfikir bagaimana boleh terdapat kucing mati dilanggar dan digilis
kenderaan di kawasan highway yang tidak ada
kediaman manusia berdekatan lokasi itu? Adakah kucing-kucing itu boleh
berjalan memasuki kawasan highway yang jauh dari kediaman manusia? Pelbagai andaian boleh dibuat kononnya
kucing-kucing yang mati itu jatuh dari enjin kereta kerana kucing suka tidur di
tempat yang panas. Ini memang pendapat biasa daripada netizen. Memanglah tidak
dapat dinafikan hal seperti ini boleh dijadikan andaian salah satu sebab.
Ada
seorang sahabat facebook saya berkongsi cerita anak-anak kucingnya pernah ikut
sama balik kampung dan selamat sampai ke kampungnya walaupun menempuh
perjalanan yang jauh. Anak-anak kucing itu rupanya telah berada di bahagian
bumper keretanya sejak dari rumah lagi di Jelai, Negeri Sembilan. Beliau tidak
perasan hinggalah selepas 3 hari beliau berada di kampungnya di Johor Bahru, kemudian beliau terdengar suara
anak kucing dan beliau mencari dari mana datangnya suara anak kucing itu. Akhirnya
beliau menemui anak-anak kucing itu berada di bahagian bumper keretanya. Memang
menakjubkan anak-anak kucing itu selamat walaupun setelah menempuh perjalanan
beratus kilometer sungguhpun berada di bumper kereta.
Namun
begitu saya tidak menolak kemungkinan juga kucing-kucing yang ditemui mati di
kawasan highway itu sengaja dilepaskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sebenarnya saya kerap juga jumpa kucing mati dilanggar dan digilis kenderaan di
kawasan highway tempat saya bertugas. Di hentian-hentian highway yang tiada
kedai makan juga terdapat kucing-kucing yang sengaja dibuang ke situ. Bayangkan
bagaimana kucing-kucing hendak mendapatkan makanan. Jadi setiap hari saya akan
singgah ke hentian-hentian highway berkenaan untuk meletakkan makanan dan
air ke dalam bekas yang saya sediakan. Pada
pendapat saya memang tidak mustahil orang sengaja buang kucing di kawasan
highway.
Comments