Skip to main content

KESIAN MELIHAT ANAK KUCING YANG MASIH BAYI MEMBUATKAN SAYA SEDIA MENERIMA TANGGUNGJAWAB MENJAGANYA

Semalam saya telah menerima seekor anak kucing yang masih bayi. Ia telah ditemui oleh seorang insan berhati mulia yang sudi menyelamatkannya. 
Pada mulanya saya berasa berat hati hendak menerima tanggungjawab menjaga serta memberi perlindungan pada anak kucing yang masih bayi itu namun akhirnya saya buat keputusan untuk menerimanya juga memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman menjaga anak kucing yang masih bayi dan tambahan pula beliau hendak berangkat ke Perak.
Kemudian beliau telah menghantar anak kucing itu ke kawasan kediaman saya sebelum saya pergi bekerja sambilan. Alhamdulillah anak kucing itu selamat sampai ke tangan saya dan ia sangat bertuah kerana kucing betina / ibu kucing yang dibuang dari tingkat atas kediaman saya pada 2 bulan lepas telah kematian semua anaknya baru-baru ini sudi menyusu dan menjaga seperti anaknya sendiri.
Insha Allah saya akan menjaga dan memberi perlindungan pada anak kucing itu sebaik mungkin. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudari Najwa yang telah sudi menyelamatkan anak kucing bertuah ini dan telah bersusah payah menghantarnya kepada saya.

Comments