Skip to main content

BENGANG DENGAN CLEANER WARGA INDONESIA MENGAKU BUANG KUCING SAKIT YANG HENDAK DIRAWAT

Tindakan seorang cleaner wanita warga Indonesia membuang seekor anak kucing sakit ke tempat lain telah mengundang kamarahan saya.
Pada hari Isnin minggu lepas terdapat seekor anak kucing sakit dibuang di sebuah hentian R&R. Anak kucing itu mengalami bengkak dibahagian bawah perutnya. Atas sebab-sebab tertentu saya tidak dapat mengambil anak kucing itu untuk dibawa pulang. Namun keesokkannya saya telah mengambil cuti bagi membolehkan saya membawa anak kucing itu ke klinik haiwan untuk pemeriksaan dan juga hendak membawanya pulang selepas itu.
Kemudian puas saya mencari anak kucing malang itu di kawasan hentian R&R berkenaan. Tapi saya tidak nampak ia berada di situ lagi walaupun saya mundar-mandir selama setengah jam di kawasan R&R berkenaan. Selepas itu saya pun pergi bertanya kepada 3 orang cleaner warga Indonesia yang sedang duduk bersebelahan kawasan tandas. Mereka memang biasa melihat saya memberi makan pada lucing-kucing yang terdapat di situ dan mereka juga pernah membuang bekas-bekas makanan serta air yang saya letakkan di kawasan R&R.
Salah seorang cleaner itu berkata rakan sekerjanya yang turut berada di situ telah mengambil dan membuang anak kucing itu ke tempat lain bersama 2 ekor kucing lain juga. Kemudian saya bertanya rakan sekerjanya adakah benar dia telah membuang anak kucing sakit itu ke tempat lain? Dia jawab memang  benar dia telah membuang kucing itu ke tempat lain kerana tidak berpuashati terhadap kucing yang berak dalam surau. Inilah alasan sama yang dia berikan semasa saya pernah bertanya dulu siapa yang buang bekas-bekas makanan kucing yang saya letak di situ.
antara kucing yang telah dibuang ke tempat lain

Pengakuannya itu telah menyebabkan saya berasa sangat marah dan saya telah memarahinya. Dulu saya pernah berkata dengan cleaner berkenaan sekiranya dia tidak sanggup untuk membersihkan tahi kucing yang terdapat dalam surau itu, boleh hubungi saya pada bila-bila masa dan saya akan datang ke hentian R&R untuk bersihkan tahi-tahi kucing jika ada. Saya telah tinggalkan nombor telefon saya pada salah seorang cleaner berkenaan.

Saya memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di kawasan hentian R&R berkenaan bukanlah bertujuan saya hendak membiakkan kucing di situ. Saya memberi makan sebab saya berasa kesian melihat kucing-kucing itu kelaparan. Saya juga ada menjalankan usaha untuk mendapatkan keluarga angkat atau penjaga baru buat kucing-kucing yang terdapat di situ. Saya faham kehadiran kucing memang sentiasa mengundang ketidakpuasan hati sesentengah pihak dan mereka akan memberi pelbagai alasan. Namun begitu Allah swt menjanjikan balasan yang baik buat hambaNya yang bersifat ihsan kepada haiwan. Fikir-fikirkanlah.

Comments