Skip to main content

SUDAH-SUDAHLAH TU BUANG KUCING. SI PEMBUANG KUCING MEMANG MENYUSAHKAN BETULLAH

Seorang jiran saya telah mengertak hendak membuang kucing gelandangan ke tempat lain. Kucing-kucing ini sebenarnya baru dibuang ke blok kediaman pangsapuri saya.
Beberapa hari yang lepas terdapat kucing yang baru dibuang di kawasan blok kediaman pangsapuri saya. Si ibu bersama 3 ekor anaknya yang masih kecil. Kini mereka menumpang teduh di tingkat 1 iaitu setingkat dengan kediaman saya.
Boleh dikatakan setiap minggu ada saja kucing-kucing dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke blok kediaman yang saya diami ini. Saya selalu beri mereka makan dan berusaha juga mendapatkan keluarga angkat atau sesiapa yang boleh ambil tanggungjawab memberi penjagaan serta perlindungan buat kucing-kucing malang itu. Adakalanya saya juga telah mengambil beberapa ekor kucing yang dibuang itu untuk diberi perlindungan dan penjagaan sepenuhnya dalam rumah kecil saya.
Saya memberi makan pada kucing-kucing gelandangan itu bukanlah bermakna saya hendak membiakkan mereka di kawasan kediaman saya ini. Saya beri mereka makan kerana berasa kesian melihat mereka kelaparan. Sama seperrti manusia, kucing-kucing yang bernyawa itu memerlukan makanan untuk terus hidup.

Selain memberi kucing-kucing gelandangan makan, jika ternampak tahi-tahi kucing, saya akan kutip dan bersihkan. Tidak kiralah tahi kucing gelandangan ataupun kucing bertuan. Inilah sebahagian inisiatif atau usaha yang saya lakukan agar dapat mengurangkan rungutan jiran-jiran tetangga berkenaan dengan kucing di blok kediaman saya dan juga supaya jiran-jiran tetangga tidak membuat tindakan penganiayaan terhadap kucing-kucing yang berkeliaran di luar sana. Tapi berdasarkan pemerhatian saya, bukanlah selalu terdapat tahi kucing di merata tempat. Sekali sekala saja terdapat tahi kucing di kawasan luar rumah atau laluan penduduk.
Namun begitu terdapat jiran tetangga saya yang telah mengertak hendak membuang si ibu kucing dengan 3 ekor anaknya yang baru dibuang ke kawasan blok kediaman ini. Sebelum ini pun telah banyak kucing-kucing gelandangan tiba-tiba saja ghaib. Jadi faham-faham sajalah apa yang telah mereka lakukan terhadap kucing-kucing malang itu. Kejadian lebih tragis lagi terdapat jiran tetangga yang sengaja menjatuhkan kucing-kucing gelandangan dari tingkat atas.

Boleh rujuk kisah kucing-kucing dibuang dari tingkat atas blok kediaman saya di link ini :

Oleh yang demikian, saya berharap ada pihak yang sanggup dan boleh mengambil tanggungjawab untuk menjaga serta memberi perlindungan kepada si ibu kucing dengan 3 ekor anaknya yang masih kecil itu.  Saya sudah tidak boleh mengambil tanggungjawab ini kerana keadaan tidak mengizinkan. Jika ada pihak yang boleh ambil tanggungjawab, boleh hubungi saya melalui telegram / whatsapp 011 – 2858 6242

Comments