Skip to main content

TRAGIS : SEEKOR KUCING JANTAN GELANDANGAN JATUH DARI TINGKAT ATAS BLOK KEDIAMAN PANGSAPURI SAYA

Isteri saya beritahu, tadi seorang anak jiran datang. Dia kata ada seekor kucing jatuh lagi.
Semalam 12hb. Disember 2019 – Khamis, seekor kucing gelandangan telah jatuh di tempat yg sama pernah terjadi dua ekor kucing jatuh dari tingkat atas ke lantai tingkat 1 iaitu di luar rumah jiran saya yang bersebelahan dengan tingkap dapurnya . Sebelum ini dua kes kucing jatuh di tempat yang sama. Seekor jantan mati dan seekor lagi betina telah diselamatkan dan kini berada bawah jagaan saya dalam rumah dan telah pulih.
Anak-anak jiran tetangga yang bermain di luar kawasan rumah memberitahu saya sebelum kucing malang ini jatuh, mereka nampak kucing itu berkeliaran di tingkat 3 dan 4. Tapi mereka tidak nampak bagaimana kucing itu boleh jatuh ke bawah tingkat 1.

Berdasarkan kes-kes yang pernah terjadi sebelum ini dan anak jiran tetangga yang pernah menyaksikan tangan sengaja melepaskan kucing dari tingkat atas, saya tidak menolak kemungkinan wujud penganiayaan terhadap kucing malang ini.

Dua kes sebelum ini boleh rujuk semula di link entri saya yang lepas :

Ini kerana kebanyakkan penghuni / penduduk tidak menyukai kehadiran kucing. Saya pernah juga beberapa kali menyaksikan ada penghuni yang hendak menyepak kucing yang berkeliaran meminta makanan daripada penduduk di lobby lift tingkat bawah.

Mungkin ia jatuh sebab berasa takut dikejar atau hendak dipukul oleh penduduk yang tidak suka melihat kehadirannya yang bising sebab nak mengawan. Mungkin juga ia dengan sengaja telah dijatuhkan dari tingkat atas. Kucing jantan sebenarnya ini manja dan jinak dengan saya. Jadi memang mudah hendak menangkapnya. Sebelum ini saya sendiri pernah melihat ia dikejar oleh jiran tetangga di tingkat 1.
Mujur kucing malang ini tidak mengalami kecederaan parah. Tapi saya lihat selepas ia jatuh, ia terberak-berak dan muntah. Terdapat juga luka kecil dibahagian mukanya dan mulutnya berdarah. Harap ia tidak mengalami kecederaan dalaman.
Hendak bawanya ke klinik haiwan tapi saya tidak mempunyai dana kecemasan untuk kucing sakit. Jadi saya hanya dapat spraynya dengan anti bakteria yang boleh menyembuhkan luka. Saya akan cuba membantu mendapatkan sesiapa yang boleh ambil tanggungjawab menjaga dan memberinya perlindungan.

Comments