Skip to main content

BERDEPAN DENGAN KEMATIAN TIGA EKOR KUCING PADA HARI SAMA

Semalam saya telah berdepan dengan kematian tiga ekor kucing di 3 lokasi berbeza.
Yang pertama di rumah saya iaitu seekor kucing jantan gelandangan yang sebelum ini menumpang hidup di sebuah kedai makan sejak tahun 2016. Selepas berada di kinik selama 8 hari kemudian ia berada bawah jagaanya selama seminggu dan akhirnya ia pergi jua.
Kematian kucing yang kedua ditemui di kawasan jalan highway tempat saya bekerja sambilan sebagai pengutip sampah. Saya temuinya ketika sedang meronda untuk mengutip sampah. Kucing betina malang itu dipercayai telah dibuang di kawasan highway. Saya lihat ia kaku di bahagian tengah pembahagi jalan. Sedih melihat keadaannya.
 
Kematian kucing yang ketiga ditemui di sebuah hentian highway. Ia adalah seekor anak kucing. Ibunya adalah kucing gelandangan di situ. Saya ke tempat ini setiap hari untuk beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat disini.

Comments