Negara
kita pun sudah ada peruntukan undang-undang berkaitan haiwan peliharaan iaitu
Akta Kebajikan Haiwan 2015. Jika kita lihat di negara kita ini, orang berani
buang kucing tanpa rasa takut akan dikenakan sebarang tindakan. Ini kerana
tidak ada pihak yang tampil membuat aduan atau laporan kepada pihak berkuasa. Saya
tidak pasti sama ada di negara kita ini telah ada pihak yang dikenakan tindakan
undang-undang kerana membuang kucing.
si ibu kucing dengan 3 ekor anaknya yang dibuang di blok kediaman pangsapuri saya |
Apa
kata selepas ini jika kita ternampak orang yang mencurigakan atau ternampak orang
hendak membuang kucing di mana-mana saja, kita rakam aksi mereka. Buatlah
rakaman video dan ambillah gambar mereka banyak sikit supaya kita ada bukti
kukuh untuk membuat laporan berkaitan pembuangan kucing.
sebahagian kucing-kucing yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di blok kediaman pangsapuri saya |
Saya
yakin jika sudah ada orang kita yang dikenakan tindakan undang-undang di bawah
Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana membuang kucing, nescaya mereka yang lain
juga akan berasa takut. Tindakan
undang-undang penalti RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga
tahun boleh dikenakan mengikut akta itu ke atas pembuang kucing. Bila sudah
tersiar dalam media massa dan menjadi viral, tentu sedikit sebanyak akan
memberi kesan kepada mereka hendak membuang kucing dan menyedarkan mereka
bahawa membuang kucing adalah suatu kesalahan. Sebenarnya masih ramai yang
tidak menyedari bahawa tindakan membuang kucing adalah suatu kesalahan.
Akta Haiwan Peliharaan 2015 : Buang kucing boleh
dipenjara. Sila baca disini https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/322234/buang-kucing-boleh-dipenjara
Pada
pendapat saya si pembuang kucing adalah tidak
bertanggungjawab dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap kucing.
Bagaimana kucing-kucing yang dibuang itu hendak mendapatkan makanan dan
mempunyai tempat selamat untuk berteduh? Jangan nak sedapkan hati sendiri
kononnya kucing-kucing yang dibuang di kedai makan dan pasar akan mudah cari
makanan. Ini adalah karut. Buang kucing juga boleh menyusahkan pelbagai pihak.
Jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab.
Jangkahayat kucing-kucing yg dibuang itu
biasanya pendek @ hidup tak lama disebabkan terdedah pada risiko-risiko seperti
berikut :
1)
mati kelaparan dan kehausan.
2)
mati akibat dizalimi oleh manusia (dipukul, diracun, disiram air / minyak panas
dan lain-lain).
3)
mati akibat dilanggar kenderaan.
4)
mati akibat dijangkiti penyakit dan tidak dirawat.
5)
mati akibat bergaduh dengan kucing lain.
6)
mati akibat bengkak susu bagi kucing betina yang kematian anak.
Dan
lain-lain lagi risiko dan kesengsaraan.
seekor kucing yang dibuang di kawasan highway baru-baru ini ditemui mati akibat dilanggar kenderaan |
Wanita didenda kerana buang kucing di
kolong HDB :
SINGAPURA:
Seorang wanita berusia 27 tahun didenda S$4,500 pada Rabu (5 Dis) kerana gagal
menjaga kucing peliharaannya dan kemudian mengabaikannya.
Siti
Afza Nooriani meninggalkan haiwan peliharaannya, seekor kucing berwarna perang
kemerah-merahan, di kolong blok 815C Choa Chu Kang Avenue 7 pada Mei tahun ini.
Siasatan
mendapati dia membuang haiwan tersebut kerana ia tidak pandai buang air di
tandas dan mengotori rumahnya dengan najis, menurut Penguasa Agromakanan dan
Veterinar Singapura (AVA) dalam satu kenyataan media.
Comments