Pada
tengahari semalam sewaktu saya hendak makan tengahari di sebuah gerai makan
berhampiran taman perumahan, saya telah didatangi oleh seekor kucing jantan
gelandangan. Kemudian saya pun mengusap kepalanya dan selepas itu ia memeluk
peha saya dan juga turut melentukkan kepalanya. Aksinya itu telah membuatkan
saya berasa sedih. Tambahan pula ketika saya hendak meninggalkan gerai makan
itu, ia turut mengekori saya hingga ke motorsikal. Saya sempat memberinya makan
makanan biskut kucing yang saya bawa bila setiap kali keluar bekerja sambilan.
Saya
juga turut berkongsi gambar kucing itu ke laman facebook saya dan juga di
beberapa laman group facebook berkaitan kucing. Rata-rata netizen pencinta
kucing telah melahirkan rasa simpati terhadap kucing itu dan ramai juga yang
menyuruh saya membawa balik kucing berkenaan untuk dijaga serta diberi kasih sayang.
Bukannya
saya tidak berasa simpati melihat keadaannya dan sengaja tidak mahu membawanya
pulang untuk diberi penjagaan dan perlindungan dalam rumah kecil saya. Tetapi
keadaan tidak mengizinkan. Ini kerana semalam juga telah membawa pulang seekor
kucing jantan gelandangan yang sakit dan saya akan memberinya penjagaan serta
perlindungan sepenuhnya dalam rumah.
Dalam
rumah kecil saya sekarang ini pun telah terdapat 24 ekor kucing yang di beri
penjagaan dan perlindungan. Hampir kesemua kucing-kucing itu asalnya adalah
kucing jalanan / gelandangan yang dibuang oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab. Tanggungjawab saya untuk menjaga kucing-kucing dalam rumah pangsapuri
kos rendah yang hanya berkeluasan 650 kaki persegi bukanlah mudah. Jika ikutkan
hari semua kucing-kucing yang saya jumpa di jalanan saya hendak bawa mereka
pulang. Tapi apakan daya terdapat pelbagai kekangan.
Semoga
saya dapat bertemu lagi dengan kucing itu dan jika ada sesiapa yang boleh ambil
tanggungjawab untuk memberi penjagaan dan perlindungan buatnya, bolehlah
hubungi saya melalui telegram / whatsapp : 011 – 2858 6242. Lokasi saya di
Rawang, Selangor.
Comments