Skip to main content

BERTAMBAHLAH TANGGUNGJAWAB MENJAGA DAN MELINDUNGI KUCING DALAM RUMAH KECIL

Esok hari Rabu 18hb Disember 2019 saya akan bawa keluar seekor kucing gelandangan dari klinik haiwan setelah 8 hari ia berada di situ.
Tempohari saya bawanya ke klinik haiwan kerana ia mengalami masalah selsema yang teruk dan keadaannya lemah.
Pada 10hb. Disember 2019 – Selasa minggu lepas sekali lagi saya telah membawa kucing jantan gelandangan yang hidup menumpang di sebuah kedai makan sejak tahun 2016 kerana kedua-dua kaki depannya membusuk. Mungkin saya tidak perasan terdapat luka kecil pada kakinya itu lalu merebak menjadi teruk.
Sebenarnya selepas saya bawanya ke klinik pada kali pertama, saya telah tumpangkannya di rumah mak saya dan saya mengurungnya ke dalam sangkar. Kemudian pada keesokkan harinya kucing itu didapati telah tiada di dalam sangkar dan pintu sangkar terbuka. Ia telah berjaya meloloskan dirinya. Sungguh saya tidak menyangka ia boleh membuka pintu sangkar berkenaan.
 
Kemudian selepas dua hari barulah saya menjumpainya di hadapan rumah jiran mak saya dan saya pun menangkapnya untuk bawa semula ke rumah mak saya dan mengurungnya semula. Kali ini saya telah ikat pintu sangkar dengan kemas. Sudah pasti ia tidak dapat membuka pintu sangkar lagi.

Pada keesokkannya kakak saya memberitahu keadaan kucing itu nampak teruk dan berbau. Mungkin saya tidak perasan kerana saya dapat menangkap dan mengurungnya pada hari berkenan, keadaan gelap kerana hari sudah malam. Hidung saya pula tersumbat sebab mengalami selsema.
Selepas itu saya segera ke rumah mak saya dan saya lihat memang benar keadaannya makin teruk. Kedua-dua kaki depannya membusuk dan terdapat juga kecederaan. Sekali lagi saya bertindak  membawanya ke klinik haiwan. Kali ini saya terpaksa mohon tukar hari cuti rehat saya. Bila saya tiba ke klinik berkenaan, klinik itu pula hendak tutup rehat tengahari dan akan dibuka semula pada jam 3 petang. Terpaksalah saya pulang dulu lagi pun saya ada urusan lain yang hendak diuruskan. Jadi saya tinggalkan kucing itu di klinik dan sempat mendaftar serta memberitahu masalah yang dialami oleh kucing itu.
Pada jam 3.30 petang saya tiba semula ke klinik. Mujur tidak ramai pelanggan pada ketika itu. Kemudian doctor memanggil saya dan memaklumkan dia telah membuang banyak ulat pada kedua-dua kaki serta dalam mulutnya juga. Semasa saya masuk ke dalam bilik rawatan, doctor memberitahu ini proses pembuangan ulat kali kedua. Ulat yang terdapat dalam mulutnya telah menyebabkan ia tidak lalu makan dan beratnya turun. Keadaan ini merbahaya untuk dirinya kerana sekiranya ia berterusan tidak lalu makan ini boleh melemahkannya lagi.
Walaubagaimanapun kedua-dua kaki depannya itu masih boleh diselamatkan. Mujur saya bertindak cepat membawanya semula ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan. Disebabkan saya risaukan doctor mengatakan peluangnya 50-50 dan keadaannya menjadi tidak stabil atau bertambar teruk jika saya bawanya pulang ke rumah, jadi saya mahukan doctor memantau keadaannya selama 8 hari di klinik haiwan berkenaan. Esok hari Rabu saya akan bawanya keluar dari klinik haiwan itu. Harap segala urusan dipermudahkan.

Comments

Sangkar Kucing said…
Wah terima kasih atas artikel ini. Sangat membantu. Nanti saya share.

blog saya > Sangkar Kucing