Skip to main content

JIRAN WARGA EMAS MENGEJAR SEEKOR KUCING GELANDANGAN DENGAN PENYAPU SAMBIL BERTERIAK MARAH

Terkejut melihat seorang jiran warga emas mengejar seekor kucing gelandangan yang baru dibuang sambil berteriak marah.
Kebanyakkan kucing yang berkeliaran di blok kediaman saya adalah kucing gelandangan yang menumpang teduh setelah mereka dibuang oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. Boleh dikatakan setiap minggu akan terdapat kucing dibuang bawah blok kediaman saya. Mereka terpinga-pinga dan tidak tahu hendak ke mana. Jadi kucing-kucing itu merayap untuk menyesuaikan diri di tempat baru dan juga berkeliaran mencari makanan untuk mengisi perut mereka yang lapar.
Pernah beberapa kali terjadi kes penduduk buang kucing gelandangan dari tingkat atas. Ada kucing yang mati, cedera parah yang menyebabkan kucing itu lumpuh beberapa bulan, terkeluar janin dan lain-lain lagi. Mungkin ada penduduk yang tidak berpuashati terhadap najis atau tahi kucing.
Jadi hal ini telah mendorong saya untuk melakukan kerja sukarela mengutip dan membersihkan tahi kucing di blok kediaman saya  supaya jiran tetangga tidak menganiaya atau ganggu kucing-kucing yang berkeliaran di luar sana. Sedikit sebanyak diharapkan dapat mengurangkan aduan atau rungutan penduduk berkaitan tahi kucing.  
Tapi malangnya terdapat seorang jiran tetangga warga emas yang tinggal setingkat dengan saya iaitu di tingkat 1, selalu berasa tidak berpuashati dengan kucing yang berkeliaran. Pernah dia baling seekor kucing jantan dengan selipar di hadapan isteri saya. Dia juga tahu kami suami isteri memang sukakan kucing dan ada jaga / bela kucing dalam rumah. Walaupun saya ada menjaga sebilangan kucing dalam rumah, saya tidak pernah membiar atau melepaskan kucing saya berkeliaran di luar rumah kerana saya tidak mahu jiran tetangga berasa tidak selesa dengan kehadiran kucing.
Saya faham bukan semua orang sukakan kucing. Tapi saya ada letakkan makanan biskut kucing di bawah blok supaya kucing-kucing gelandangan yang kelaparan dapat makan. Jika saya beri makan pada kucing-kucing gelandangan, saya tidak kotorkan kawasan. Saya hanya beri makanan biskut kucing yang kering. Bukannya makanan basah. Itu pun saya letakkan bekas makanan dan air di tempat yang tidak menganggu laluan penduduk atau jiran tetangga.
Baru-baru ini pula saya nampak dia mengejar seekor kucing gelandangan yang naik ke tingkat 1 dengan penyapu sambil menjerit tidak puashati dengan kucing yang tidak bersalah itu Suaranya boleh didengar hingga ke dalam rumah saya. Dia kejar sekeliling tingkat 1. Saya lihat kucing yang dia kejar itu sebenarnya baru dibuang pada minggu lepas di blok kediaman saya.

Kalau nak kata dia tidak berpuashati terhadap tahi kucing, saya lihat pada hari kejadian dia mengejar kucing itu, tiada pula tahi kucing di kawasan luar rumahnya. Pintu rumahnya juga selalu tertutup rapat dengan pagar besi geriji grill dan dikepung dengan jaring. Jika terdapat tahi kucing sudah pastilah saya akan kutip dan bersihkan.

Saya sudah berpesan banyak kali kepada dia, jika ternampak tahi kucing beritahu saja saya. Saya akan kutip dan bersihkan tanpa mempersoalkan tahi kucing siapa. Pernah beberapa kali saya kutip tahi kucing di hadapan dia. Dia bukannya tak biasa melihat saya berbuat begitu. Saya tidak kisah sama ada tahi dari kucing bertuan atau kucing gelandangan. Saya tidak pernah merungut selama buat kerja sukarela ini.
Saya buat kerja sukarela ini bukannya kerana hendak mengejar pahala. Saya tidak terfikir soal pahala. Cuma apa yang saya harapkan adalah supaya penduduk atau jiran tetangga tidak aniaya atau buat sesuatu yang tidak baik terhadap kucing. Sebagai pencinta kucing, saya tidak sanggup melihat kucing dianiaya dan menderita kelaparan.

Kucing adalah makhluk bernyawa sama seperi kita yang ingin meneruskan kehidupan selagi bernyawa dan akan pergi bila tiba masanya. Cuma perbezaan antara kita dengan kucing, kita manusia mempunyai pelbagai kelebihan luar biasa berbanding dengan kucing. Janganlah menafikan hak kucing untuk hidup di dunia ini. Semoga Allah swt mengurniakan kita akhlak terpuji dan memberi kita ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan terhadap kucing dan juga haiwan bernyawa yang lain.

Comments

Unknown said…
Jika umur sudah menjangkau usia emas ttpi hati masih tidak bersih terhadap haiwan saperti kucing, apalah gunanya hidup tanpa bekalan utk akhirat ttg akhlak yg mulia utk menyantuni kucing dan memberi makan setiap makhluk yg mempunyai peeut dan bernyawa.Islam itu teramat indah utk kita belajar dari segi akhlak terpuji, kemuliaan hati serta bersedekah sesama makhluk ciptaan Allah swt.
Kita dilahirkan kebumi ini utk menajalani tanggung jawab sesama makhluk. Kerana diakhirat nanti segala kebaikan dan amalan akan diadili didepan Allah swt.

Popular posts from this blog

ALHAMDULILLAH DAPAT JUGA MANDULKAN CIKBU

Semalam 17hb April 2019 saya telah membawa seekor kucing jantan bawah jagaan yang diberi enama Cikbu ke klinik untuk dimandulkan kerana Cikbu telah memasuki alam dewasa. Kalau tak dimandulkan takut nanti habis kucing-kucing betina yang masih belum dimandulkan dalam rumah saya itu bunting pula. Anggaran usia Cikbu dalam 1 tahun 1 bulan. Saya jumpa Cikbu pada awal bulan Mei tahun dialepas (2018) jam 2.30 pagi di tepi jalan dalam sebuah kawasan kampung. Cikbu seekor kucing jantan yang baik, tak banyak karenah dan manja. Dia cepat menyesuaikan diri dalam rumah saya.  Semalam sewaktu saya hendak membawa Cikbu ke klinik, dia seolah-olah tahu saya hendak memasukkannya ke dalam sangkar. Bila dia nampak saya pegang sangkar dia melarikan diri dan menyorok bawah meja. Kemudian bila saya dapat pegangnya dan hendak masukkannya ke dalam sangkar dia meronta dan sekali lagi melarikan diri bawah meja. Terpaksalah saya minta pertolongan isteri untuk menangkap dan memasukkan Cikbu ke dalam sangkar

BUANG ATAU TANAM KUCING YANG TELAH MATI : DI MANAKAH ANDA TANAM KUCING-KUCING ANDA YANG TELAH MATI?

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Begitulah juga dengan kucing-kucing yang kita sayangi akan turut mati dan meninggalkan kita buat selama-lamanya. Dimanakah anda menanam kucing-kucing yang telah mati? Adakah anda buang saja kucing yang telah mati ke dalam tong sampah, buang ke dalam sungai dan lain-lain cara selain menanam mereka? Saya menanam kucing-kucing yang telah mati di suatu kawasan di kampung saya. Kediaman saya dengan kampung tidaklah jauh mana. Hanya kira-kira 4km sahaja. Dulu kawasan terbiar bersebelahan sungai itu telah dijadikan kebun oleh arwah datuk saya dan di situ terdapat pokok kelapa, mangga, jambu air, durian belanda, daun pandan dan bunga kantan. Akhirnya kawasan ini telah diratakan untuk projek tambakan sungai. Kemudian pakcik saya telah menanam kembali beberapa pokok kelapa, pisang dan pokok inai. Tanaman pokok sekarang tidaklah banyak seperti dulu. Kini kawasan itu saya telah jadikan kawasan tanah perkuburan buat kucing-kucing yang telah

MINYAK KELAPA DARA BUKAN HANYA UNTUK KEGUNAAN MANUSIA TAPI BERGUNA JUGA MERAWAT KUCING

Testimoni minyak kelapa dara untuk kucing : Assalammualaikum, Disini saya ingin berkongsi testimoni kepada semua sebagai informasi bersama tentang keberkesanan minyak kelapa dara terhadap kucing saya yang sakit.   Dengan menggunakan Minyak kelapa Dara boleh jadi “Doktor Haiwan”   Baru-baru ini kucing saya yang bernama “Ipin” telah jatuh sakit. Walau sehebat mana kita menjaganya pasti akan ada masalah yang akan berlaku kemudian hari. Seperti yang di alami oleh Ipin, ia mengalami kelelahan dan kelihatan lesu, selera makan menurun, terdapat cairan abnormal yang keluar dari lubang-lubang di tubuhnya, contoh dimata, hidung dan telinga. Ipin juga mengalami masalah sukar membuang najis dan berat badan menurun secara mendadak, berjalan pincang, bahkan menyukarkannya untuk berdiri. Disebabkan itu juga, Ipin menjadi tidak aktif dan muntah apabila makan.   Saya teringat akan kebaikan minyak kelapa dara sebagaimana diiklankan didalam testimoni bioasli untuk merawat haiwan. Saya

TERIMA KASIH DIK KERANA SANGGUP BERKORBAN MASA, TENAGA & WANG UNTUK MENJAGA KUCING-KUCING TERBIAR

Sewaktu saya sedang memberi 2 ekor kucing terbiar makan di hadapan sebuah kedai Seven Eleven di Rawang, Selangor, saya ternampak deretan sangkar diletakkan di kawasan kaki lima bersebelahan kedai Seven Eleven berkenaan yang didalamnya terdapat beberapa ekor kucing. Kemudian keluar seorang gadis dalam lingkungan usia 20an yang juga pekerja kedai Seven Eleven berkenaan. Dia terus membelai kucing yang saya beri makan tadi. Lalu saya bertanya, kucing-kucing dalam sangkar tu siapa punya? Dia menjawab, dia punya dan semua kucing berkenaan adalah kucing terbiar yang kena buang di kawasan sini. Dia kutip dan masukkan dalam sangkar untuk keselamatan kucing-kucing berkenaan. Ada juga kucing yang berkeliaran dan tak dikurung ke dalam sangkar kerana dah tak muat. Dia berasa kasihan melihat kucing-kucing terbiar berkenaan sebab itulah dia sanggup jaga ke semua kucing-kucing terbiar yang kebanyakannya dibuang di restoran mamak berhampiran kedai Seven Eleven berkenaan. Katanya, ada kucing yang sakit

KEKEJAMAN TERHADAP KUCING : PENGHORMATAN BUAT PUAN NORA KERANA MENYELAMATKAN KUCING TERBIAR YANG CEDERA TERUK AKIBAT DISIMBAH CECAIR PANAS

Sebagai pencinta kucing, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan ucapan berbanyak terima kasih buat Puan Nora kerana telah menyelamatkan seekor kucing betina bunting terbiar yang cedera teruk mungkin akibat disimbah dengan air atau minyak panas serta menyelamatkan beberapa ekor anaknya yang sempat dilahirkan dengan mencari ibu tumpang supaya  anak-anak kucing itu dapat menyusu ketika ibunya dihantar ke klinik untuk menerima rawatan. Bagi penulis, tak ramai dikalangan kita yang sanggup membantu kucing terbiar yang sedang mengalami kesakitan akibat kecederaan teruk yang dialami. Namun masih ada insan berhati mulia seperti Pn Nora yang sanggup mencari jalan bagi membantu seekor ibu kucing terbiar yang cedera teruk seakan telah disimbah dengan air atau minyak panas. Beginilah nasib kucing terbiar di luar sana. Adakalanya mereka dizalimi dengan kejam. Keadaan Angel sebelum menerima rawatan di klinik Si ibu tumpang untuk anak-anak Angel Alhamdulillah

KELEBIHAN MEMANDULKAN KUCING MENURUT PANDANGAN DOKTOR PERUBATAN VETERINAR

Pada mulanya disebabkan kurang pengetahuan dan pengalaman, saya pun tak bersetuju serta menyokong pasal hal mandulkan kucing. Tapi bila melihat sendiri banyak kucing-kucing betina terutamanya yang kena buang sebab bunting dan lepas tu anak-anaknya mati menderita kerana tak mendapat tempat perlindungan yang sepatutnya, ada yang mati  dalam longkang dan kena lenyek dengan kereta dan motorsikal, selepas itu barulah saya mengubah pendirian dari tak bersetuju kepada bersetuju. Kemudian saya pun bertindak memandulkan kucing betina saya dan selepas itu kucing jantan pula. Memang ketara melihat tingkahlaku kedua-duanya iaitu sebelum dan selepas dimandulkan. Yang paling ketara keadaan lebih tenteram kerana kucing betina saya tak lagi bunyi ingin mengawan setiap kali tiba musim mengawan. Jika dulu bila tiba musim mengawan, saya lihat kucing betina saya akan kencing dan berak dimerata tempat kerana mungkin agaknya tak dapat mengawal perasaan. Manakala kucing jantan pula tak kencing memancut

MEMELIHARA HAIWAN PELIHARAAN DI DALAM PREMIS STRATA SUATU KACAUGANGGU ?

Apabila kucing dianggap sebagai suatu kacauganggu kepada penghuni pangsapuri. Ini baru pertama kali penulis nampak notis seperti ini ditampal di perumahan strata. Notis ini ditampal pada dinding berdekatan pintu masuk lif blok pangsapuri tempat tinggal penulis. Maaf gambar notis kurang jelas. Jadi penulis salin semula sebahagian isi kandungan dalam notis ini : akta kerajaan tempatan 1976 (akta 171) kepada : pemilik premis beralamat : blok delima dan blok kenanga, taman tun teja sila ambil perhatian bahawa dibawah seksyen 82 akta kerajaan tempatan, 1976, majlis perbandaran selayang tidak berpuashati tentang adanya di seperti diatas suatu kacauganggu iaitu : memelihara haiwan peliharaan didalam premis dan dengan ini mengkehendaki kamu dalam tempoh 3 hari (nyatakan masa) dan tarikh notis ini disampaikan menghapuskan kacauganggu itu dan menjalankan apa-apa kerja dan melakukan apa-apa perkara yang perlu bagi maksud iaitu pemindahan haiwan peliharaan dari kawas

KESALAHAN PENGANIAYAAN TERHADAP HAIWAN SEPERTI MENYEPAK, MEMUKUL, MENDERA ATAU MENAKUT-NAKUTKAN MANA-MANA HAIWAN, MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DAN BOLEH DIDENDA TAK LEBIH RM SERATUS RIBU DAN PENJARA

Menurut Undang-Undang Malaysia, Akta 772, Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang telah mendapat perkenan Diraja pada 21 Disember 2015 dan penyiaran dalam warta 29 Disember 2015, Seksyen 29 – Kesalahan Penganiayaan Gambar seorang pemuda negro yang menyepak seekor kucing yang berlaku di New York, Amerika Syarikat. Pernah menjadi viral pada Mei 2014 yang lalu dan menyebabkan dia ditahan dan didakwa (1) Mana-mana orang yang : (a) Dengan kejamnya memukul, menyepak, melebihkan muatan, mendera, atau menakutkan mana-mana haiwan. Melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada RM 20 ribu dan tidak lebih daripada RM 100 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya.

KUCING SERING BERAK ATAS KATIL MENYEBABKAN TUANNYA TIDAK MAHU LAGI PELIHARANYA

Alhamdulillah dapat menemukan seekor kucing betina dengan keluarga barunya.  Pada hari Ahad lepas saya didatangi oleh seorang anak jiran berusia 8 tahun. Dia bertanya kepada saya “pakcik Azhar nak tak kucing saya tu”? Kucing yang dia maksudkan itu adalah seekor kucing betina yang sering datang makan makanan biskut kucing yang saya letakkan di luar pintu rumah. Saya juga sering membelai kucingnya itu. Kemudian saya bertanya kenapa dah tak nak bela kucing tu lagi? Anak jiran itu kata ia sering berak merata dalam rumah termasuk atas katil. Aduh kesiannya. Saya tidak boleh lagi ambil kucing kerana memberi perlindungan dan penjagaan buat 23 ekor kucing di dalam rumah kecil saya. Memang tidak boleh lagi menampung tambahan kucing. Jadi tengahari semalam saya pun iklankan di laman facebook saya untuk mencari penjaga baru buat kucing itu. Selepas itu   petang semalam  saya menerima whatsapp daripada sahabat facebook saya yang menyatakan dia sudi membela kucing betina berkenaan

TRAGIS : SELAMAT TINGGAL ABAM HIGHWAY

Abam adalah seekor kucing jantan yang hidup gelandangan di sebuah hentian highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kediaman manusia. Semalam 28hb September 2019 – Sabtu semasa saya sedang bertugas membuat rondaan dengan motorsikal di kawasan highway untuk mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh pengguna highway, tiba-tiba di suatu lokasi saya ternampak seekor kucing berwarna hitam putih terbaring di atas rumput. Lalu saya memberhentikan motorsikal untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Saya berasa terkejut melihat kucing yang telah kaku akibat mati dilanggar kenderaan dan mengalami kecederaan teruk pada bahagian muka serta belakangnya itu kerana saya kenal ia adalah seekor kucing jantan gelandangan yang hidup bergelandangan di sebuah hentian highway jaraknya 4km dari lokasi berkenaan. Saya panggilnya Abam kerana saiz badannya besar dan sado. Tapi apa yang menghairankan saya adalah bagaimana Abam boleh sampai ke lokasi ia ditemui mati itu. Untuk ke lokasi yang jara