Esok
hari Rabu 18hb Disember 2019 saya akan bawa keluar seekor kucing gelandangan
dari klinik haiwan setelah 8 hari ia berada di situ.
Tempohari
saya bawanya ke klinik haiwan kerana ia mengalami masalah selsema yang teruk
dan keadaannya lemah.
Boleh
baca semula ceritanya disini : https://rezekikucing.blogspot.com/2019/12/bantu-kucing-jantan-sakit-yang-hidup.html
Pada
10hb. Disember 2019 – Selasa minggu lepas sekali lagi saya telah membawa kucing
jantan gelandangan yang hidup menumpang di sebuah kedai makan sejak tahun 2016
kerana kedua-dua kaki depannya membusuk. Mungkin saya tidak perasan terdapat
luka kecil pada kakinya itu lalu merebak menjadi teruk.
Sebenarnya
selepas saya bawanya ke klinik pada kali pertama, saya telah tumpangkannya di
rumah mak saya dan saya mengurungnya ke dalam sangkar. Kemudian pada keesokkan
harinya kucing itu didapati telah tiada di dalam sangkar dan pintu sangkar
terbuka. Ia telah berjaya meloloskan dirinya. Sungguh saya tidak menyangka ia
boleh membuka pintu sangkar berkenaan.
Kemudian
selepas dua hari barulah saya menjumpainya di hadapan rumah jiran mak saya dan
saya pun menangkapnya untuk bawa semula ke rumah mak saya dan mengurungnya
semula. Kali ini saya telah ikat pintu sangkar dengan kemas. Sudah pasti ia
tidak dapat membuka pintu sangkar lagi.
Pada
keesokkannya kakak saya memberitahu keadaan kucing itu nampak teruk dan berbau.
Mungkin saya tidak perasan kerana saya dapat menangkap dan mengurungnya pada
hari berkenan, keadaan gelap kerana hari sudah malam. Hidung saya pula
tersumbat sebab mengalami selsema.
Selepas
itu saya segera ke rumah mak saya dan saya lihat memang benar keadaannya makin
teruk. Kedua-dua kaki depannya membusuk dan terdapat juga kecederaan. Sekali
lagi saya bertindak membawanya ke klinik
haiwan. Kali ini saya terpaksa mohon tukar hari cuti rehat saya. Bila saya tiba
ke klinik berkenaan, klinik itu pula hendak tutup rehat tengahari dan akan
dibuka semula pada jam 3 petang. Terpaksalah saya pulang dulu lagi pun saya ada
urusan lain yang hendak diuruskan. Jadi saya tinggalkan kucing itu di klinik dan
sempat mendaftar serta memberitahu masalah yang dialami oleh kucing itu.
Pada
jam 3.30 petang saya tiba semula ke klinik. Mujur tidak ramai pelanggan pada
ketika itu. Kemudian doctor memanggil saya dan memaklumkan dia telah membuang
banyak ulat pada kedua-dua kaki serta dalam mulutnya juga. Semasa saya masuk ke
dalam bilik rawatan, doctor memberitahu ini proses pembuangan ulat kali kedua. Ulat
yang terdapat dalam mulutnya telah menyebabkan ia tidak lalu makan dan beratnya
turun. Keadaan ini merbahaya untuk dirinya kerana sekiranya ia berterusan tidak
lalu makan ini boleh melemahkannya lagi.
Walaubagaimanapun
kedua-dua kaki depannya itu masih boleh diselamatkan. Mujur saya bertindak
cepat membawanya semula ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan. Disebabkan
saya risaukan doctor mengatakan peluangnya 50-50 dan keadaannya menjadi tidak
stabil atau bertambar teruk jika saya bawanya pulang ke rumah, jadi saya
mahukan doctor memantau keadaannya selama 8 hari di klinik haiwan berkenaan.
Esok hari Rabu saya akan bawanya keluar dari klinik haiwan itu. Harap segala
urusan dipermudahkan.
Comments
blog saya > Sangkar Kucing