Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Begitulah juga dengan kucing-kucing yang kita sayangi akan turut mati dan
meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Dimanakah anda menanam kucing-kucing yang telah mati?
Adakah anda buang saja kucing yang telah mati ke dalam tong sampah, buang ke dalam
sungai dan lain-lain cara selain menanam mereka?
Saya menanam kucing-kucing yang telah mati di suatu
kawasan di kampung saya. Kediaman saya dengan kampung tidaklah jauh mana. Hanya
kira-kira 4km sahaja. Dulu kawasan terbiar bersebelahan sungai itu telah dijadikan
kebun oleh arwah datuk saya dan di situ terdapat pokok kelapa, mangga, jambu
air, durian belanda, daun pandan dan bunga kantan. Akhirnya kawasan ini telah
diratakan untuk projek tambakan sungai. Kemudian pakcik saya telah menanam kembali
beberapa pokok kelapa, pisang dan pokok inai. Tanaman pokok sekarang tidaklah
banyak seperti dulu.
Kini kawasan itu saya telah jadikan kawasan tanah
perkuburan buat kucing-kucing yang telah mati. Saya telah menanam tidak kurang
dari 20 ekor di situ. Bila setiap kali saya lalu di kawasan itu pastinya saya
akan teringat pada kucing-kucing yang telah pergi meninggalkan saya buat
selama-lamanya. Damailah mereka di situ.
Hukum buang bangkai haiwan dalam tong sampah. Klik
pada link berikut :
Comments