Alhamdulillah setelah menyimpan sedikit demi sedikit hasil
dari bekerja sambilan sebagai “pengutip sampah” dan belanja berjimat cermat,
pada hari Khamis lepas dapatlah saya bawa salah seekor kucing bawah jagaan saya
yang diberi nama “Cik Tie” untuk dimandulkan. Usia Cik Tie telah mencecah
setahun. Cik Tie telah dibuang bawah blok kediaman pangsapuri saya semasa
usianya dalam 2 bulan. Kalau tidak dimandulkan nanti risau pula kucing dalam
jagaan saya membiak banyak pula.
Cik Tie sedang diperiksa suhu badannya oleh Doctor |
Niat saya nak membantu kucing dan bukannya hendak
membiakkan kucing dalam rumah kecil saya. Selain itu saya tidak berupaya
menjaga kucing dalam bilangan yang banyak adalah kerana faktor kekangan
kewangan. Hendak serahkan pada pihak lain atau mencari keluarga angkat untuk
menjaga mereka bukannya mudah.
Anda nak tahu apakah pemandulan dan apa tujuan
pemandulan kucing? Klik pada link ini : http://www.mycat2vet.my/pemandulan.php
Comments