Petang semalam sewaktu saya pulang dari bekerja
sambilan, saya telah ternampak seekor daripada kucing gelandangan yang sebelum ini menumpang teduh bawah pangsapuri saya akibat dibuang. Patutlah dah lama kucing ini tidak kelihatan di bawah pangsapuri rupanya telah dibuang di
kawasan lot kedai itu. Kawasan ini memang laluan utama saya yang menghubungkan beberapa
taman perumahan.
Dulu kucing yang saya jumpa ini menumpang teduh di
bawah blok kediaman saya. Dia telah dibuang oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Disebabkan berasa kesian melihat keadaan kucing-kucing gelandangan
itu yang kelaparan saya pun menyediakan bekas makanan dan air di bawah pangsapuri.
Setiap hari saya akan menambah makanan dan air ke dalam bekas.
Sebenarnya kucing-kucing gelandangan bawah pangsapuri
saya itu tidaklah berak merata dan di kawasan rumah jiran. Saya pun selalu
kutip najis-najis kucing jika ada. Tapi saya tidak pernah jumpa najis kucing di
lobi lift tingkat bawah. Jika ada sudah pasti saya akan kutip najis kucing itu
walaupun ada pekerja pembersihan. Memang ada sekali sekala mereka naik ke tingkat 1 tapi
itu pun cuma seekor dua sahaja yang berani naik ke atas.
Saya berasa kecewa kerana mereka membuang
kucing-kucing gelandangan yang tidak bersalah itu. Apa salah mereka? Mereka tidak membuat kacau ganggu pun pada jiran tetangga.
screen shoot dari perbualan group whatsapp jiran tetangga |
Semoga Allah swt memberi pengajaran kepada mereka /
jiran tetangga yang telah membuang kucing-kucing gelandangan yang menumpang
berteduh akibat dibuang oleh tuannya di bawah blok kediaman pangsapuri saya.
Saya syak jiran-jiran wanita blok pangsapuri saya yang
telah membuang kucing gelandangan yang tidak bersalah ini ke kawasan kedai
makan. Kucing ni tak naik pun tingkat atas. Kalau naik pun hanya ke rumah sy
tingkat 1 tapi bukan selalu dia naik atas dan dia tak berak pun kat luar rumah
orang.
Menganiaya binatang juga dilarang sama sekali. Pernah
suatu ketika para sahabat Nabi SAW ketika dalam perjalanan bersama Nabi
berhenti disuatu tempat. Kemudian ada sahabat baginda SAW yang terlihat dua
ekor anak burung di dalam sarang lalu mengambilnya.
Lalu ibu burung itu kembali ke sarang mencari-cari
anaknya. Rasulullah SAW kemudian datang dan berkata: “Siapakah yang menyakiti
burung ini (perasaannya) dengan mengambil anaknya? Pulangkanlah anaknya
kepadanya.” (riwayat Abu Daud).
Comments