Petang semalam saya telah minta balik awal dari kerja
sambilan untuk membawa seekor kucing betina bawah jagaan saya yang di namakan “Didi”
untuk pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta. Setelah berjimat cermat
dalam perbelanjaan dan ikat perut barulah saya dapat membawa Didi menerima
rawatan luka-luka kecil di seluruh badannya itu.
Didi asalnya adalah seekor kucing gelandangan yang
hidup terbiar bawah blok kediaman pangsapuri saya. Didi tidak jinak dan takut dengan
orang lain. Saya ambil masa yang lama untuk jinakkan Didi semasa dia hidup
gelandangan sebelum dibawa masuk ke dalam rumah. Sepanjang berada dibawah
jagaan dan perlindungan saya selama 2 tahun, Didi tidak pernah lagi disentuh
oleh oang luar selain saya dan isteri.
Didi juga tidak pernah dibawa ke klinik haiwan. Ini
kali pertama Didi dibawa keluar dari rumah untuk menerima rawatan dan disentuh
oleh orang luar iaitu Doctor yang merawat. Mujur Didi tidak meronta ketakutan semalam.
Terpaksalah saya dan isteri berada dalam bilik rawatan menemankan Didi supaya
Didi berasa tenang.
Alhamdulillah doctor kata Didi tidak mengalami masalah
kesihatan yang serius. Hanya mengalami luka-luka kecil akibat menggaru kerana
serangan kutu. Doctor telah meletakkan ubat kutu yang terbaik pada badan Didi.
Moga Didi dapat sembuh bulunya cantik seperti dulu.
Comments