Kenapa kita begitu lantang soal jiran yang membela
kucing dan memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang hidup terbiar
akibat dibuang dan menderita kelaparan?
Kenapa kita buta tuli soal lain-lain permasalahan di
kawasan kejiranan kita contoh seperti pembuangan sampah merata-rata, menghalang
kenderaan jiran tetangga / penduduk di kawasan parkir, masalah pembiakan nyamuk
aedes yang boleh mengancam nyawa, kerosakan harta bersama atau kemudahan
penduduk akibat vendalisme, kecurian motorsikal dan alat ganti yang kerap
berlaku, bersekedudukan tanpa ikatan sah serta masalah sosial dan lain2 lagi.
Kucing bukanlah haiwan perosak dan boleh memudaratkan
manusia seperti tikus yang boleh menyebar penyakit melalui kencingnya. Kencing
kucing tidak berbahaya seperti kencing tikus. Kucing juga tidak merbahaya
seperti nyamuk aedes yang gigitannya boleh menjejaskan kesihatan dan juga boleh
membawa maut. Kucing juga bukanlah haiwan buas dan ganas yang boleh membunuh
manusia. Jadi pada anda yang tidak sukakan kucing, kenapa perlu bimbang dan
gelisah bila melihat kucing berkeliaran di kawasan kediaman anda dan di
kedai-kedai makan?
Marilah bersama-sama memupuk nilai ihsan kepada haiwan
kerana boleh jadi itulah asbab kita yang membantu ke syurga kelak.
Wallahua’lam.
Comments