Baru-baru ini semasa saya sedang bekerja dan membuat
rondaan di kawasan lebuhraya bertol, saya telah menjumpai seekor kucing yang
mati dalam keadaan menyedihkan akibat digilis kenderaaan. Tempat berkenaan memang
jauh dari kawasan perumahan dan hanya terdapat ladang kelapa sawit di kanan dan
kiri jalan.
Mustahil kucing malang itu boleh merayap hingga ke kawasan
lebuhraya berkenaan. Saya syak kucing yang mati digilis ini telah dibuang dan
dilepaskan di kawasan lebuhraya.
Kenapalah sampai sanggup buang kucing di kawasan
lebuhraya yang sibuk dengan kenderaan
dan jauh dari kawasan perumahan? Perbuatan seperti ini memang zalim dan
menganiaya kucing malang yang mati digilis itu.
Comments