Pada hari Rabu 28 Ogos dan hari Sabtu 24 Ogos saya
telah menjumpai dua ekor anak kucing mati akibat dilanggar dan digilis
kenderaan di lebuhraya bertol sewaktu saya sedang menjalankan kerja rondaan
dengan motorsikal untuk mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh pengguna di
lebuhraya berkenaan.
Mustahil anak kucing itu boleh berjalan hingga ke kawasan lebuhraya yang jauh dari kawasan kediaman manusia. Mungkin ada yang berpendapat bahawa anak-anak kucing
yang saya jumpa mati dilanggar dan digilis kenderaan itu telah tidur di
bahagian enjin kereta dan kemudian terjatuh selepas kereta bergerak beberapa
kilometer. Ada juga kemungkinannya begitu tapi tidak mustahil juga ada pihak
yang sengaja melepaskan anak-anak kucing itu di kawasan lebuhraya.
Sebelum ini saya pernah juga jumpa seekor kucing
dewasa yang mati digilis hingga hancur di lebuhraya yang sama dan lokasinya
amat jauh dari kawasan kediaman manusia. Saya rasa ini tindakan yang memang
disengajakan iaitu membuang kucing di kawasan lebuhraya. Klik disini untuk baca
semula entri yang telah saya kongsikan sebelum ini :
Comments