Semalam masa saya keluar bekerja sambilan saya tidak
dapat membawa bekalan makanan kucing disebabkan stok makanan yang ada hanya
cukup-cukup untuk kucing-kucing bawah jagaan saya dalam rumah. Biasanya saya
pasti akan membawa bekalan makanan kucing untuk diagihkan pada kucing-kucing
jalanan di beberapa lokasi yang sukar untuk kucing-kucing di situ mendapatkan sumber
makanan.
Tapi bila saya tiba di suatu kawasan rumah kedai yang
saya biasa beri makan pada kucing-kucing jalanan dan tinggalkan beberapa bekas
makanan, saya berasa tidak sampai hati pula melihat kucing-kucing di situ yang
kelaparan mengharapkan saya memberi makan pada mereka.
Dalam poket saya hanya ada RM 10 dan syiling.
Sebenarnya duit yang ada dalam poket saya hendak gantikan nombor plat bahagian
belakang motorsikal saya yang telah pecah dan tertanggal. Kos untuk mengantikan
nombor plat itu lebih kurang RM 6 sahaja dan baki selebihnya RM 4 saya nak beli
makanan untuk makan tengahari saya.
Namun disebabkan saya berasa sangat kesian melihat
kucing-kucing jalanan di situ yang sedang kelaparan, saya telah gunakan duit RM
10 serta syiling yang ada dalam poket saya untuk membeli makanan kucing. Tidak
mengapalah saya boleh tangguhkan gantikan nombor plat motorsikal saya dan tiada
makanan untuk makan tengahari saya.
Marilah bersama-sama memupuk nilai ihsan kepada haiwan
kerana boleh jadi itulah asbab kita yang membantu ke syurga kelak.
Wallahua’lam.
Comments