Sebenarnya sudah lama saya ingin masukkan artkel ini.
Baru sekarang saya berkesempatan masukkan artikel pasal buang kucing di masjid.
Sebenarnya maklumat ini diperolehi daripada seorang kenalan saya yang selalu
memberi makan pada kucing-kucing yang dibuang di kawasan berdekatan masjid.
Masjid adalah tempat kita umat Islam mengerjakan
kewajipan solat, penganjuran program majlis ilmu atau ceramah, pengurusan
jenazah dan lain-lain program berkaitan keagamaan. Sungguh saya tidak menyangka
ada pihak yang sanggup buang kucing di masjid. Tindakan buang kucing di masjid
akan menyusahkan pihak pengurusan masjid dan siapa pula yang hendak beri
kucing-kucing itu makan? Kita manusia dikurniakan akal fikiran yang hebat.
Jangan sewenang-wenangnya lepaskan beban dan tanggungjawab anda pada pihak
lain.
Comments