Malam semalam selepas selesai saya membeli barang
keperluan di sebuah kedai pasar mini berhampiran kawasan kediaman saya, saya
telah ternampak seekor anak kucing yang berusia anggaran dalam 2 bulan lebih
sedang mundar-mandir di hadapan kedai berkenaan.
Kebetulan ada seorang pekerja berada di pintu masuk
kedai lalu saya pun bertanya kepadanya sama ada anak kucing itu ada penjaga
atau dibuang di situ. Pekerja kedai itu kata anak kucing itu telah berada di
hadapan kedai sejak pagi tadi. Memang tepat jangkaan saya. Kesian pula saya
melihat keadaaannya. Rasa tidak sanggup pula membiarkannya di situ.
Kemudian saya pun membuat keputusan bawanya pulang ke rumah untuk diberi penjagaan dan perlindungan sementara mendapatkannya keluarga
angkat. Sekirannya tiada pihak yang boleh memberi penjagaan dan perlindungan,
Insya Allah saya akan ambil tanggungjawab untuk menjaganya. Semoga urusan untuk
membantu anak kucing ini dipermudahkan.
Comments